Saturday, October 30, 2010

TEKA-TEKI BLOGSERABUT 1-JAWAPAN

Walaupun dua orang ja yang join Teka-Teki Blogserabut. Aku tetap bagitaw jawapan dia huhuhuhu. Cam sedih je tak ada sambutan :)

Dua-dua orang jawap betul pulak tu. Nampaknya aku kena naikkan tahap kesukaran teka-teki aku lain kali hehehe~

Teka-Teki Blogserabut 1


JAWAPAN :

Jawapan dia ialah pandangan belakang orang negro yang gemuk yang sedang berendam di dalam kolam renang.

Hahaha agak lain macam kan kalau tengok dari belakang lol kadang-kadang nampak macam taik, kadang-kadang nampak macam kepala k*^&* hahahhaha~

Tahniah kepada yang dapat meneka dengan betul:) hehehe tak ada hadiah pun tapi aku nak bagi sikit penghargaan kepada yang join segmen aku ini.

Dua orang yang meneka dalam segmen tekai-teki aku adalah Ayap tapi aku suka panggil Ayapan hehehe. Seorang lagi aku tak tahu sebab tak ada nama dan link. Terima kasih jugak kerana join.

Nak cerita sikit pasal Ayap. Ayap salah seorang membe aku. Dia lah yang menyebabkan aku sambung semula Blog Serabut ni. Aku dah berhenti berblog setahun dah dulu. Aku tertarik dengan iklan Nuffnang kat blog dia. Dulu aku tak kenal pun Nuffnang tu apa hehehe..cam best ja Nuffnang ni kan? aku pun try la. Ni link ke blog Ayap krayonjingga. Usha-usha la blog dia k. Support la kami hehehehe.

View Blog Ayap krayojingga

Friday, October 29, 2010

IBU BUNUH BAYI KERANA FARMVILLE

Farmville?? Game yang agak famous kat Facebook yang cara permainannya macam bercucuk-tanam tu~ Hari-hari kena buka game ni kalau main. Siapa yang minat berkebun boleh la main game ni. Aku pun pernah ketagih main menda ni dulu, sampai level 30 ja, tak larat nak click-click, sakit jari aku nak bercucuk-tanam dalam farmville. Segila-gila aku main dulu pun tak la sampai macam kes perempuan jahanam ni, sampai hati bunuh anak dia kerana ketagih main Farmville ni.


Alexandra V. Tobias (22) dari Jacksonville Florida dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun kerana membunuh bayi beliau secara menggoncangnya sehingga kepala terhantuk ke meja komputer. Alexandra naik berang kerana bayinya yanng berusia 3 Bulan menangis ketika beliau asyik bermain Farmville Januari lalu. Bodoh punya mak, pasal game pun sanggup bunuh anak sendiri.

Alexandra ni sanggup goncang anak dia, lepas tu,hisap rokok sebatang untuk menenangkan diri sebelum goncang anak dia sekali lagi sehingga mati. Sempat lagi dia berhenti menghisap rokok semasa bunuh anak dia. Haiz~ Main game sampai bunuh anak sendiri, gila aku rasa perempuan ni. Kepada sesiapa yang ada add perempuan ni dalam friendlist Farmville, sila cepat-cepat remove sebab mungkin roh anak dia ada lam akaun farmville dia untuk membalas dendam, Saja aku nak mereka-reka cerita hehehehe :)

Contoh view dalam Farmville


Kepada gamer-gamer sekalian, sila kawal ketagihan anda sebelum perkara-perkara macam ni berlaku.

Laporan asal blogserius via games

SHREK DALAM DUNIA SEBENAR-LAWAK

Aku telah berjaya mendapatkan gambar wajah Shrek yang telah masuk ke alam manusia hahahaha lol~ Tengok gambar di bawah di. Sama tak muka dia? Berjaga-jaga k. Dia boleh mengganas bila-bila masa ja lol~




Thursday, October 28, 2010

CARA MENGHALANG PELAJAR MENIRU SEMASA EXAM PALING BERKESAN-LAWAK

Gelak sampai gigi aku berdangdut aku tengok gambar ni hahahhaha~ Ini lah cara tak mahu bagi budak tiru dalam exam yang paling berkesan. Aku tak boleh nak bayangkan kalau aku kena macam ni lol~

Nak tiru sangat ekk?amik ni!!!! hahahahha
Kejap lagi aku ada exam yang pertama sem ni. Wish me luck :) Kepada rakan seperjuangan sekalian semoga berjaya diucapkan~ Caiyok2~

Wednesday, October 27, 2010

PEMENANG ANUGERAH COUPLE OF THE YEAR-LAWAK

Satu lagi post aku yang berkaitan couple yang pelik-pelik hehehehe. Post kali ni berkenaan dengan pasangan yang telah berjaya memenangi anugerah couple of the year lol (aku merapu). Ini satu lagi bukti aku tentang kesahihan cinta itu buta hehehehe.

Besar gila bapak awek mamat ni berbanding dengan dia. Gila babeng punya beza. Kalau silap tidur boleh mati mamat ni kena hempap dengan awek dia. Serius aku respect mamat ni, dia punya high taste tahap Gunung Everest :)

Pecah perut aku gelak tengok gambar-gambar pasangan ni wakakaka







source funkydowntown

KUCING PUN PANDAI MEMILIH SEKARANG

Aku nak merapu lagi malam ni. Saja nak bagi hilang keserabutan dalam kepala otak aku. Cerita dia macam ni. Aku keluar makan dengan kawan-kawan aku tadi kat kedai mamak dekat Seksyen 3, Bangi. On the way kami sampai ke lokasi, aku ternampak seekor kucing tengah baring atas kereta honda City.

Apa yang menarik pasal kucing ni? Hmm~ Yang menarik perhatian aku tentang kucing ini adalah kereta yang dipilih kucing ni untuk berbaring. Kucing ni pilih Honda City tu~ Agak high taste la kucing tu berbanding kereta lain yang parking kat situ seperti Kancil, Wira, Saga dan kereta-kereta lain yang lebih murah dari Honda City.

Apa yang aku nak simpulkan di sini adalah Kucing pun pandai memilih macam manusia. Manusia sekarang macam tu la, nak cari kawan atau pasangan nak yang berduit ja, yang tak ada duit sorry la. Nak yang ada kereta, yang naik moto tak mau kawan. Kadang-kadang sampai aku terfikir aset juga memainkan peranan penting dalam persanabatan. peace :) cuma pendapat aku.


Comel la kucing ni, aku rasa macam nak cincang-cincang pastu goreng dengan tepung ja hahaha lol~

Tuesday, October 26, 2010

PAUL (SOTONG AJAIB) SUDAH MATI

BERLIN 26 Okt. - Sotong kurita, Paul yang dikenali kerana ketepatan ramalannya berhubung keputusan pertandingan Piala Dunia di Afrika Selatan Julai lalu, mati di akuarium yang menempatkannya di Jerman.

Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi. Sotong mati pun sedih hahahahhaha

Tapi ada ja rakyat German yang nak bunuh si Paul ni dulu kerana ketepatan tilikannya yang menilik German kalah kepada Spain pada perlawanan akhir piala dunia 2010. Sampai pihak Oberhausen mengetatkan kawalan keselamatan ke atas sotong ni. Serius berhantu Paul ni lol~

Semua perlawanan yang melibatkan German bermula pada pusingan kedua piala dunia 2010, tilikan si Paul ni tepat. Kalah pawang-pawang dari Brazil lagi :)



Agak-agak masak buat sambal sedap tak sotong ni? :)

Laporan asal Utusan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...