Monday, January 3, 2011

CAWAN GIGI



Sesiapa yang malas atau orang Kedah cakapa 'Baloq Liat' nak gosek gigi baik anda beli Cawan Gigi ni atau dalam bahasa Inggerisnya Teeth Mug.. Cawan gigi boleh mengingatkan kita tentang kebersihan mulut dan gigi kita.. Tengok la warna cawan ni... warna putih.... macam warna gigi kan? bila kita minum nescafe atau kopi, air yang kita minum itu akan melekat di celah-celah gigi cawan tu seolah-olah menggambarkan keadaan gigi kita lepas kita minum air dalam cawan tu... comfirm ada sikit rasa geli gelimang hahahaha lol... so, dari situ kita boleh selalu diingatkan oleh cawan ni supaya jaga kebersihan gigi kita.. rajin-rajin la gosok gigi nah...

Satu lagi kelebihan cawan ini.. kalau ada orang guna cawan ni la kan... mesti tak ada orang nak share atau 'pao' air dia.. sebab geli tengok gigi tu...... sesiapa yang berminat beli la satu k... $24 dollar ja :P (kopak duit aku...)



via yankodesign

KELUANG MAN THE MAKING




Masih ingat kah anda dengan filem animasi popular keluaran tempatan pada tahun 1999, Keluang Man. Keluang Man merupakan filem animasi tempatan terbaik yang pernah dikeluarkan sebelum filem animasi Upin dan Ipin sekarang... tidak dapat dinafikan filem animasi superhero Keluang Man ini mempunyai sedikit persamaan dengan filem animasi superhero Barat, Batman.. tetapi plot-plot filem animasi Keluang Man lebih kepada berunsurkan budaya masyarakat Malaysia... di dalam jalan ceritanya ditanam pelbagai nilai murni masyarakat setempat seperti perpaduan, tolong-menolong dan sebagainya.

Tiba-tiba aku rasa rindu pulak dengan kartun Keluang man ini... teringat zaman kanak-kanak dulu macam mana setianya dengan Keluang Man, tak pernah 'miss'.... Keluang Man sangat popular ketika itu.. aku minat gila kartun ni.... bagi aku, Keluang Man filem animasi superhero terbaik yang pernah dikeluarkan Malaysia.... pada masa itu, walaupun filem animasi barat lebih hebat kualiti grafiknya tetapi Keluang man tetap menjadi pilihan... aku rasa mungkin penggunaan Bahasa Melayu dalam filem Keluang Man.. ye la, filem animasi barat kan guna Bahasa Inggeris, aku tak faham sangat BI ni dulu.. kat rumah aku tak speaking.. tapi kalau tengok Keluang Man...siap boleh hafal dialog dan lagunya sekali hehehehe

Dekat post ini aku ada sertakan video-video di sebalik tabir filem animasi Keluang man.. semuanya ada 3 part.. dekat video ini ada la menceritakan sejarah dan kisah pembikinan filem animasi superhero terunggul tempatan yang pernah dikeluarkan... Kepada sape-sape yang pernah jadi 'die hard fan' Keluang man masa lalu.. luangkan lah masa anda lebih kurang 20 minit untuk mengetahui serba sedikit The Making of Keluang Man...Layan~

KLIK 'REAMORE' UNTUK VIDEO-VIDEO THE MAKING OF KELUANG MAN

AWEK CUN NYANYI LAGU KELUANG MAN

Ohh.... malam ini sungguh indah... bertambah indah bila aku dengar lagu Keluang man nyanyi Ainan Tasneem...tiba-tiba aku teringat kembali kenangan manis aku menonton cerita kartun Keluang man bersama Ainan Tasneem ketika kami di saat bahagia dulu...Ainan Tasneem........ aran rindu pada mu.. hahahhahaha aku bergurau ja...jom layan cover Keluang man dari Ainan Tasneem..




credit to tokdekar


p/s - post akan datang berkaitan dengan The Making of Keluang man :)

Sunday, January 2, 2011

IKAN PACAT - LAMPREY




Ikan yang seakan-akan pacat ini dipanggil Lamprey.. takut aku tengok ikan ni.. aku panggil ikan ni ikan pacat sebab ikan ni dia jenis sedut.. macam lintah.....tapi gigi dia agak menakutkan... dah macam gigi alien pun ada aku tengok... perempuan yang yang takut dengan pacat kalau dia jumpa ikan Lamprey ni... tak tau la nak jadi apa noh :)

Ikan Lamprey ni makan daging...daging ikan lain yang masih hidup atau mati... mulut dia boleh buka sampai jadi bulat... dia boleh makan dari bahagian luar ikan lain... atau masuk ke dalam bahagian perut ikan dan sedut organ dalaman ikan lain...


Agak-agak kalau ambik ikan Lamprey ni goreng kunyit sedap tak?


KLIK 'READMORE' UNTUK TAMBAHAN GAMBAR-GAMBAR IKAN LAMPREY

HITLER MARAH INDONESIA KALAH-LAWAK

Pagi hari ini aku nak post menda yang ringan-ringan je...berhenti kejap nak serabutkan kepala... bila kepala aku dah stabil sikit baru aku nak kasi serabut balik.. Ini kisah video Hitler lagi.... dah macam-macam dah orang buat subtitle bukan-bukan dengan klip video.. tapi serius aku gelak pecah perut.... dulu yang last aku tengok Hitler marah pasal Kereta Proton Inspira..Kali ini pasal Indonesia kalah dengan Malaysia Final AFF Suzuki Cup pulak...

Memang ada seni kekreatifan sape yang buat subtitle ni... aku salute !!! sebab berjaya menceriakan pagi aku :) Jom layan~



Ayat aku paling like - "ini bukan burung garuda, ini ayam sayur " hahahaha lol


credit to LYNAnimeShrine


Saturday, January 1, 2011

HEADER BARU BLOGSERABUT DARI TERBIUT.BLOGSPOT.COM

Apa macam header baru Blogserabut?? Cool tak? Tahun baru la katakan... header pun mesti la baru jugak, ada kaitan tak?hehehehe Header blog ini ditempah khas dari pembikin header terkemuka, bro Faizal hehehehe... selain menulis blog...bro Faizal ada buat bisnes buat header ni... sesiapa yang berminat nak tempah header dari bro Faizal pergi la melawat kat blog dia .. ini link dia


Kepada blogger-blogger yang sudah boring dengan header blog masing-masing boleh la try order dari bro Faizal.... cakap je nak yang macam mana....nak style macam mana...... dia akan edit sampai korang puas hati dan jantung hahahhahah....

Dari segi harga pulak...bro Faizal meletak harga RM 10 satu header.. tapi kalau korang tapao banyak header skali... mungkin boleh dapat diskaun kot...hehehehe... alaa pakat la dengan membe-membe blogger yang lain order secara pukal ke....mesti bro Faizal bagi diskaun punya la :)

Sesiapa yang nak berkenalan dengan bro Faizal, nak usha-usha blog dia ke.. jom la pergi singgah kat blog dia k~


Sneak peek blog bro Faizal


RAJA GOPAL ADA SKANDAL DENGAN CEWEK HOT-LAWAK

Macam tak percaya aku yang Jurulatih bola sepak Malaysia, K Raja Gopal rupa-rupanya ada skandal dengan artis hot Indonesia, Rahma Azhari..Rahma Azhari merupakan artis hot dari seberang, Indo...Dia ni sangat hot..Benda yang buat aku lagi hot aku ada tengok gambar dia post hanya pakai bikini hahahahaha..serius buat aku geram dan garam lol....Wa sangka lu baik Raja Gopal..tengok-tengok buaya jugak lu ni.....hahahaha susah nak percaya kan??tengok ni




Rahma Azhari

Geram aku dengan Raja Gopal ni sebab keluar date dengan cewek hot tak ajak aku hahahahhaa... mana tahan tengok lu peluk cewek hot sorang-sorang ja...

KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...