Sunday, November 21, 2010

WHO WANT TO BE A MILLIONAIRE-LAWAK

Selamat pagi buta semua hahaha hari ini aku tertidur awal dan terjaga awal sekarang, hmm~ pastu baru perasan yang tak updated blog lagi. sekarang aku nak updated blog aku kasi serabut sikit :)

Buka ja laptop, aku klik sana klik sini terjumpa satu gambar lawak dalam rancangan ‘Who Want to be a Millionaire versi 'mat salleh'. Gambar seorang perempuan yang sedang menjawab soalan yang super gila punya susah lol



Adakah anda setuju dengan jawapan perempuan ni?? Gajah lebih besar berbanding bulan?? hahahaha :)

pic source allfunnypictures

Friday, November 19, 2010

PENDRIVE TRANSFORMER



Siapa boleh hadiahkan aku pendrive transformer ni? Serius style pendrive ni. aku memang minat transformer dari kecik lagi. semasa kecik aku suka simpan robot-robot Transformer ni, agak banyak jugak la.dari yang saiz kecik sampai yang saiz besar.lepas aku sambung belajar, habis sepupu-sepapat aku yang kecik kebas barang permainan aku huhuhuhu sedih :p

Pendrive yang diberi nama Ravage Transformer USB Flash Drive ini berharga $42.99 USD dengan memory 2GB. Sesiapa yang nak hadiahkan pendrive ini kat aku dialu-alukan hahahhahhaa. Ada banyak lagi pendrive yang menarik+kreatif+cool yang aku jumpa ni link dia (link), tapi yang paling aku minat yang ini :)

via pixelelement

TIPS FIRST DATE DENGAN AWEK-LAWAK

Aku nak share sikit tips-tips bagi lelaki yang nak keluar first date dengan awek :) Tips-tips berikut diterangkan dengan menggunakan gambar kartun versi lawak melampau lol~ Sesiapa yang nak keluar date dengan awek boleh la pakai tips-tips berikut k hahahahaha layan~




PEKERJAAN BEST PART 2

Bagi lelaki yang masih menganggur boleh la try apply kerja ni . Kerja main patung-patung bagi rancangan TV. tak kan tak pernah tengok kot. program untuk budak-budak yang ada patung-patung kononnya boleh bercakap padahal miming ja. ketika aku masih minum air milo dalam botol, aku ada la jugak layan rancangan macam ni hehehehe. Best ooo kerja ni hahahaha Boleh peluk awek hot free :p




Layan ja bro ni peluk awek ni dari belakang. aku rasa susah la bro ni nak ponteng kerja. silap-silap dapat anugerah pekerja paling rajin hahahahaha lol

via hahakiri

Wednesday, November 10, 2010

TETAK IBU AKIBAT BELAJAR ILMU SESAT

Pagi-pagi aku baca berita di Sinar Harian dah disajikan dengan berita tentang seorang anak tergamak menetak kepala ibunya sehingga maut selepas dipercayai terpengaruh dengan buku mengenai makhluk halus yang sering dibaca sejak sebulan lalu. Pasal baca buku makhluk halus ja boleh bunuh ibu sendiri? Binatang!!! emo pagi-pagi ni sebab aku rindu kat mama aku :)

“Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis, suspek dipercayai menuntut ilmu sesat sehingga mempunyai niat untuk membunuh ibunya kerana mendakwa ibunya itu telah lama mati. “Suspek juga mendakwa dirinya adalah toyol dan sanggup membunuh ibunya yang dikatakan hanya jasad yang dihantui oleh saka dan santau,” dah jadi manusia elok-elok, nak jadi toyol pulak.



Tiba-tiba terbaca pasal ilmu-ilmu ni, aku nak buat sikit sesi luahan perasaan pasal kehidupan aku yang tak aman di kolej aku dalam post ini. Aku masih lagi menuntut di Universiti Kampung Malaysia. dah masuk tahun ke-3. Kehidupan aku di kolej tidak aman sebab ada seekor dua binatang atau mamat yang bersilat batin dalam bilik.

Kenapa aku panggil mereka ni binatang?? sebab kalau orang,dia faham bahasa
binatang = tak faham bahasa.

Bukan aku nak kata belajar silat tak bagus. Aku tak kisah la kau nak belajar apa pun,silat batin ka, silat tak batin ke, kung fu yang leh terbang ke langit ka, tomoy ka, apa-apa pun la. Belajar la ikut suka hati mak bapak kau. Tapi.....jangan ganggu ketenteraman orang lain boleh tak?

Kenapa aku cakap binatang-binatang tu mengganggu ketenteraman orang lain?
1.Bunyi bising-kalau tak silap binatang-binatang tu belajar ilmu pernafasan. Asyik-asyik bunyi hehh!!!! hehhh!!! hehhhh!!! tak kira siang ke malam. mesti ada ja bunyi tu.

2.Bunyi Bising hentak kaki,dia buat macam kolej ni bapak dia bayar yuran lebih pulak. Aku tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan budak bilik bawah bilik dia. entah hidup ke mati dah. Pagi-pagi pukul 2-3 pagi bunyi tham!! tham!!!! tham!!! gila ke apa?

3.Sehari 3kali dia bersilat. dah macam makan nasi sehari 3kali kadang-kadang lebih. Setiap kali dia bersilat memang ramai yang maki macam-macam. dia boleh buat derkk. aku rasa dia bersilat pakai headphone la. Macam-macam makian dah kami hadiah kat dia. Dia buat rilex ja. Geram la aku dengan binatang-binatang ni.

Dalam kes ini aku nampak satu ja jalan penyelesaian, tolong la belajar kat tempat lain.yang tak kacau orang punya. faham la sikit perasaan orang lain. nak study pun susah, time exam pun dia bersilat dalam bilik.

Boleh bayangkan tak macam mana sengsaranya ketika minggu exam ada bunyi hehh!!! hehh!! hehhh!! tham!!! tham!!! menemani anda study????

Ni aku nak hantar pakcik ni lawan silat dengan dia-Mati la ko pakcik ni pakai silat petir. konfem hitam legam kena petir nanti!!!! hahahahaha




Sumber berita dari Sinarharian

Tuesday, November 9, 2010

AKUSERABUT JADI FOLLOWER KE-200 FITRIHADI.COM

Wahh~rasa bertuah pulak bila boleh jadi follower Fitrihadi.com yang ke-200. Tak sabar rasanya nak ada follower seramai itu. Aran berjanji akan meningkatkan lagi ilmu berbloging ni! hahahaha tiba-tiba ja :)

Terima kasih Encik Fitrihadi kerana sudi membuat entry pasal follower anda yang bertuah ni . Terharu~ Bukan apa, entry macam ni la boleh menarik perhatian reader untuk bersinggah ke BlogSerabut. Sekali gus, meningkatkan view unique BlogSerabut. biasa la blogger beginner, ia sangat bermakna bagi aku (ayat nak touching ja hehehe) terima kasih sekali lagi.

Mai~mai~singgah BlogSerabut. Follow-follow la, nanti aran follow balik :p

Link ke blog FitriHadi - fitrihadi.com

Sneak peek blog FitriHadi


credit to fitrihadi.com

KARTUN AKUSERABUT VERSI HANISMANIS





Apa macam?? akuserabut dalam kartun versi Hanismanis. Still macho tak? hahahahaha Beberapa jam yang lalu aku minta cik Hanismanis lukis kartun muka aku. Secara fast and furious, beliau dah siap lukis muka aku dalam kartun. Thanks Hanismanis :) Aran suka~

Cik Hanismanis ni sebenar junior kolej aku. Aku suka view blog beliau, nampak ceria ja dengan kartun-kartun yang kadang-kadang macam kartun ketika zaman tadika pun ada hahahahaha gurau ja Hanis :) Sesiapa yang berminat dengan kartun-kartun lukisan Cik Hanismanis ni sila la ke blog beliau k.

Ni aku buat gif special untuk klik ke blog cik Hanis ni. Siap ada logo Nuffnang lagi kakakaka. Klik la yer.secara automatik anda akan dibawa ke blog Hanismanis :)

hanismanis


Page view blog Hanismanis

credit to hanismanis


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...