Wednesday, April 6, 2011

1 NYAWA 7 RINGGIT

Pagi ni mood aku spoil tahap bila nak bergembira dalam jamban sambil bermain sabun. tiba-tiba makcik cleaner tanya. adik, ada nampak paip getah tak kat situ? ok, aku reka ja yang ni. Mood aku spoil bercampur sedih bila aku dapat tahu yang adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee (7 tahun) sudah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman otak dan komplikasi jantung. adik Saiful meninggal selepas 3 hari koma di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat parah dibelasah guru terSAYANG!!! mungking aku lambat tahu pasal menda ni sebab aku tak follow up. tapi aku nak sembang kencang jugak pasal menda ni !

Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang berumur 7 tahun dibelasah seperti anjing di tepi jalan oleh gurunya di sebuah sekolah agama persendirian di Arau. aku malas nak check nama betul sekolah tu. nak sensored la konon takut nama sekolah tercemar. taktik biasa yang sekolah-sekolah di Malaysia buat. Adik Saiful dibesalah sampai koma sebabnya dia disyaki curi duit yang berjumlah RM7 ! Sebab duit RM7 cikgu yang berumur 26 tahun itu membelasah pelajar dia sendiri sampai mati. jahanam!!!

Pukul untuk mendidik boleh. aku dulu pun selalu kena pukul dengan cikgu aku. memang la budak zaman sekarang ni manja macam cilaka. pukul sikit nak report polis. tapi ni ke cara menghukum pelajar yang berumur 7 tahun? pukul dengan nafsu binatang ni. siap hempuk kepala kat dinding lagi yang aku geram. pikir la sama perasaan bapak budak tu. yang buat aku sedih lagi. budak tu dah la mak dia tak ada. dah meninggal. sekarang ni dia ni pulak meninggal. kalau menda macam ni kena kat batang hidung dia macam mana dia rasa?? seronok? stim? anjing la cikgu ni ! geram aku !

Besar sangat ke kesalahan dia buat tu? curi duit RM7? budak-budak kan. otak tak masak lagi. ajar la bangang ! apa kes kau pukul dia macam tu. kau ingat senang ke nak mengandung 9 bulan. setengah mati kau taw tak mak dia lahirkan dia cilaka! Lain la kalau umur 7 tahun dah pandai rogol, hisap ganja. aku pun nak tolong kau belasah budak tu kalau macam tu. Dah la, aku taip sampai sini je la. pecah keyboard aku nanti kalau aku taip lama-lama. tolong la pikir pakai otak, jangan pikir pakai buntot !


Keadaan adik Saiful ketika koma


Takziah Akuserabut ucapkan kepada bapa Saiful

17 comments:

  1. EEEEEEEEEEEEEEE aku pun nak ikut emosi sekali oi, menyirap tapi taknak minum sirap.

    kucing pun aku rasa nak meyirap kalau kene pukul, inikan MANUSIAAAAAAAAA !

    lain la dia pegi rogol kucing ka, atau dia pegi curi duit kawan dia pastu kawan dia mati ka, kau nak pukul dia sampai mampos pun boleh la, ini baru DITUDUH . eeeeeeeeeeeeeeee geramnyaaa aku ngn cikgu dia ni

    ReplyDelete
  2. aku panas+hangin gila ni Liyana oi!!

    ReplyDelete
  3. aku nak bako cekgu tu. biar dia rasa dabel kombo api. api dunia ngn api akhirat. haha

    ReplyDelete
  4. Salam Aran, lama tak ziarah Aran, pe kabar? Memang sedih arr dan marah pd cikgu tu. Apa yg rasuk dia masa dia belasah budak tu? Musykil. Tapi adik tu di Syurga....

    ReplyDelete
  5. Takziah gak utk ayh saiful..tp 2la..mmg xptut la ustaz tu balun bdak kecik yg mumayiz lg xtau ap2 2 cm 2..name aje ustz..tapi panas baran..ish..org cm 2 xleh dimaafkn..

    ReplyDelete
  6. kesian nye budak ni..

    yg cikgu tu pn sekor, nme je cikgu, tp bkn mendidik. cne ntah bole jd cikgu!

    org cmni layak kne maki, sumpah seranah je!


    yeahh lega rase nye~ haha

    ReplyDelete
  7. @ayap panas aku ayap oii

    @Faiz memang bala semua bala ada. balakrisnan ja xdak

    @Iqbal bakar hidup2 bg anjing makan baru ngam kot!!! kejam tak cm2??

    @yuyu mental + gila

    @Kak Moh Kembara-ntah la akak oi.. otak tak pikiaq pya orang..

    @Shima mmg tak boleh dimaafkan. mati sia2 budak tu kes 7ringgit.

    @farhan maki ja bg lega :)

    @

    ReplyDelete
  8. yg aku baca aritu, dia kena ikat kat besi tingkap tu.. giler! da macam kena buli dalam penjara.

    ReplyDelete
  9. tu la. sampai melecet tgn dia kesian gila la..budak ja kot!!!

    ReplyDelete
  10. dulu child abuse, skang child murder plak.

    ReplyDelete
  11. @ARC™ hahaha xkaya lagi la bro :) tunggu Akuserabut kaya dulu hahhaa

    ReplyDelete
  12. duk di asrama bkn saje stakat tension ngan ragam2 senior mmbuli, tp warden/guru juga kadang2 wt perangai juga kerna warden/guru smase sy duk d asrama dlu juga sbegitu..dok lepas tension kt student..

    Al-Fatihah bt Arwah…

    mntak2 hukuman berat diberi kpd guru yg berperangai sprti binatang tu..

    ReplyDelete
  13. pelik-pelik zaman sekarang ni.. orang tua kdg2 perangai cam hampeh gak.. tu la pasai bdk2 dok ikut!!!

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...