Sunday, March 6, 2011

MARI MENGENALI TETEK

Hahahaha~ tajuk macam lucah je kan. Bukan benda lucah pun Akuserabut nak post, benda ilmiah ni lol Ini 15 fakta tentang tetek yang semua orang kena tahu ok, tak kisah la lelaki ke perempuan. Nak kata Akuserabut suka menda porn, kata je la ikut suka hati anda !!! janji masa aku kecik-kecik dulu aku hisap susu dari 'nen nen' mama aku, bukan dari kepala paip atau dari pili bomba.







Aku paling berkenan denga fakta yang ke-15 gagaga :)


Saturday, March 5, 2011

SATU BANGSA SATU ROKOK

Entry ditulis untuk menyedarkan aku dan orang-orang seangkatan dengannya.



Aku mula hisap pada usia aku mencapai 16 tahun, sekarang umur aku 23 tahun. Betul kata orang masa berlalu sangat cepat, dah masuk 7 tahun paru-paru aku sebati dengan asap rokok. Banyak pengalaman pahit manis aku dengan rokok, aku sanggup buat apa saja demi rokok. Susah aku nak terangkan kenapa aku hisap rokok, tapi kalau tanpa rokok hidup aku boleh jadi serabut sekarang. 7 tahun aku hisap rokok banyak kelebihan rokok yang aku dapat kesan setakat ini, macho? cool? stylo? hensem? dan banyak lagi. Tapi keburukan rokok cuma 1 yang aku dapat sepanjang ini iaitu cepat mati !!! Nampaknya kelebihan rokok lebih banyak daripada keburukannya setakat ni.

Rokok jugak menjadi simbol perpaduan bagi aku. Tak percaya? Cuba anda lihat kat Malaysia, perokok terdiri daripada bermacam-macam bangsa dan agama. Apa la sangat dengan kempen 1 Malaysia tu..nak menanam semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia kononnya !!! tapi berkesan ke? Bagi akuserabut.... kempen itu tak berapa berkesan. Lebih baik buat kempen "Satu Bangsa Satu Rokok" komfem berkesan !!! Mana ada bangsa yang tak ada perokok di kalangan bangsa tu. tipu la. aku berani kerat jari laa..mesti ada punya yang hisap rokok. Nampaknya rokok ja yang halal bagi semua bangsa kat dunia. semua bangsa boleh hisap rokok, tak haram di sisi agama masing-masing..ye ke?

Tak ada pelbezaan agama di kalangan perokok..semua beragama ROKOK... itu satu kelebihan tu... ada nampak semangat perpaduan di situ.. nampaknya kempen "Satu Bangsa Satu Rokok" kita semakin berkesan. macam pelik je kan bunyi agama rokok? sebenarnya tak pelik pun kalau anda fikir sedalam-dalamnya. Perokok sanggup buat apa saja demi rokok. tak kira la bangsa dan agama apa sekali pun. Bagi perokok yang beragama Islam, berapa kali anda sembahyang sehari berbanding dengan berapa batang rokok yang anda hisap? Bagi yang beragama Buddha dan Hindu pulak... berapa kali anda bakar colok untuk sembahyang sehari daripada anda bakar rokok? aku bukan nak racist di sini ok, semua menda ini aku nampak di sekeliling aku. Nak baca doa sebelum makan, lebih baik hisap rokok dulu betul tak? takut nanti makanan lambat hadam kalau tak hisap rokok dulu kan. Nampak tak... macam-macam perokok sanggup buat untuk hisap rokok daripada menunaikan tanggungjawab agama masing-masing.

Rokok lah penyelesaian masalah perpaduan di Malaysia. Lepas ni kalau ada masalah apa-apa. jangan kelam-kabut dan serabut. duduk lepak-lepak hisap rokok semua menda boleh setle... Hidup Rokok !!! Kau lah dewa dan pari-pari kami... kau lah segala-galanya bagi kami... kau la pujaan kami...we love rokok!!! Nak je aku cadangkan kat kerajaan... kat kad pengenalan perokok letak "warganegara beragama ROKOK... baru stylo.. mati nanti kapan dengan kotak rokok dan bakar dengan rokok. Serius aku hairan... aku tahu rokok itu bahaya tapi nak jugak hisap, aku rasa ramai perokok yang rasa macam tu jugak. Bila dah gian tu susah nak berhenti, kalau la senang berhenti dah lama aku berhenti tuan-tuan dan puan-puan sekalian oiiiii...

Aku dah pernah try nak berhenti rokok konon la jugak... sampai berhingus dah aku tahan..rasa mengantuk dan tak ada mood je bila tak hisap rokok... sampai nak demam pun ada... tak berjaya jugak aku berhenti.. sekarang aku masih perokok tegar. tapi aku berharap satu hari nanti aku dapat berhenti jugak. sampai sekarang aku masih menunggu hari itu :)


Friday, March 4, 2011

KITARAN BULU DADA-LAWAK

Akuserabut ada pertanyaan untuk golongan wanita yang berkunjung ke Blogserabut ni... Adakah anda rasa lelaki yang berbulu dada itu macho, kacak atau hensem??? Sila jawab pertanyaan ini di ruangan komen entry ini lol Aku rasa gambar ini agak lucu. Anda rasa???

WANG JIA YUN - AWEK HOT




Awek hot kali ini bernama Wang Jia Yun 王嘉韻, tempat kelahiran dia di Kawloon, Hong Kong tapi sekarang tinggal dan belajar di Shenzhen, China. Sebenarnya entry ini dibuat khas untuk senior aku yang bernama Nauza. Akuserabut pun tak kenal awek hot ni dulu. Si Nauza yang cadangkan akuserabut buat entry pasal awek ni, nampak sangat dia ni peminat awek hot antarabangsa kan? lol

Tapi bukan nak kata la, serius comel awek ni. serius macam anak patung atau watak-watak heroin dalam anime... grrr... ada jual tak woi awek macam ni !!! hahahaha kalau ada jual aku nak beli satu !!! Ada orang komen kata... alaa.... photoshop ja ni..... photoshop tak photoshop.... awek ni serius hot bagi Akuserabut. Nah.. sedikit info tentang awek ni~

Date of Birth: Jun 18, 1993
Height: 164 cm
Weight: 42 kg

Wednesday, March 2, 2011

SILA SOPAN SANTUN BILA SILAP NOMBOR !!!

Aku nak buat luahan perasaan sebelum aku masuk exam kejap lagi... aku nak buat luahan pasal perangai rakyat Malaysia yang agak tidak sopan santun atau bahasa kasar dia kurang ajar bila mereka 'silap nombor' bila call seseorang. Banyak kali dah aku kena...call aku tapi cari orang lain, pastu sedar yang silap nombor, pastu letak phone terus..fakkker la... boleh tak anda kata mintak maaf, sory, soli atau coli ke? ni tak letak terus.. aku panas ni !!! lagi dua jam aku nak exam pun aku nak tulis jugak entry ni !!!

Dah la banyak lagi aku tak study habis.... tengah serabut dengan note-note... tiba-tiba ada nombor yang tak dikenali call aku... aku angkat... line tak berapa clear pulak tu... aku cuma memahami apa yang dia cakap.. yang aku sempat dengar.."ramli ke??ramli??" walaupun bukan salah aku tapi aku still cakap "sorry saya bukan ramli"...dengar ja aku cakap... dia letak terus phone... madepaker punya panas aku hari ni hahahahaha padahal tension dengan exam :P sapa suruh orang tu silap nombor time-time macam ni.

Apa salahnya anda bermintak maaf, bukan kena bayar pun... anda dah la menganggu masa orang lain !!! mana taw orang yang anda silap call tu tengah emergency ke? tengah cirit ke? baru kena marah dengan bos ke? baru break dengan awek ke? baru putus tunang ke? cuma paham sikit situasi orang lain, suka hati anda je bila silap nombor main letak terus, mana perginya budaya timur kononnya..blah la wei !!!! budaya sopan santun bukan dinilai dari segi pergerakan saja ok... dinilai dari segi percakapan dan tingkah laku jugak!!!

Ni nombor yang silap call aku tadi.... 0124448123... hambekk ko!!! sapa suruh silap call aku time-time genting macam ni !!!

GAME ANGRY BIRDS PUNYA BIRDS

Game Angry Birds ni tengah hangat dimain oleh pelajar-pelajar yang rasa diri mereka tu free sangat, modul operasi game ni adalah membunuh babi-babi secara membabi buta. Babi-babi itu dibunuh dengan menggunakan burung-burung yang tengah angry kerana babi-babi itu telah memcuri telur mereka. Setiap ekor burung itu mempunyai kelebihan yang berlainan. ni yang aku nak bagi ni. Yang boleh buat aku double angry, kalau tak berjaya membunuh babi-babi itu.. babi-babi itu akan senyum sinis sambil berkata.... loser~ loser~ dalam hati mereka hahahahaha

Tuesday, March 1, 2011

KEPUTUSAN PEKAN TEATER UNIVERSITI UKM 2011

Post ini khas untuk budak UKM dan kepada yang mengikuti perkembangan Pekan Teater Universiti (PTU). Akhirnya keputusan sudah diumumkan semalam 28.02.2011 (Isnin) di Panggung Seni, UKM. Di sini akuserabut ingin menyenaraikan senarai pemenang PTU 2011 kepada sesiapa yang belum tahu lagi :

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab
TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Dengar khabarnya cerita Kipas Tangan ni merupakan skrip di'translate' dari Bahasa Jepun. Banyak menda yang menarik perhatian aku daripada persembahan Teater Kipas Tangan ni. Sebagai contoh costume(Busana) dan gaya berbahasa yang ala-ala Masyarakat Jepun. Satu lagi set atau latar pentas dia yang merupakan rumah masyarakat Jepun, sangat cantik bagi akuserabut. Bukan senang nak buat teater macam ni. Banyak menda yang akuserabut dapat belajar daripada pementasan Kipas Tangan ni. Tahniah Tekad !!!!

Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Satu kejutan dari Kolej Pendeta Za'ba kali ini sebab berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan PTU 2011. Skrip 'Teare Rossa' yang dibawa mereka untuk PTU kali ini sebenarnya pernah dibawa oleh Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn pada PTU yang lepas iaitu pada 2009 dan Kelab Teater Prasada berjaya menjadi Johan keseluruhan ketika itu. akuserabut suka skrip ni !!!

Johan-Keseluruhan
Kelab
PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu

Tahiah kepada PRASADA kerana sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan PTU, sudah dua kali berturut-turut PRASADA menjadi Johan PTU. Skrip yang dibawa PRASADA kali ini yang bertajuk 'Bukan Dejavu' yang merupakan sambungan skrip 'Dejavu seorang wanita'. Skrip dia pun sangat best bagi akuserabut sebab ada part sedih dan komedi yang seimbang. Pelakon-pelakon komedi dan sedih seakan-akan bersaing sesama sendiri untuk menaikkan mood penonton. Tahniah sekali lagi kepada PRASADA !!!

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA

Kelab Teater Prasada berjaya menggondol 10 anugerah daripada 20 anugerah yang dipertandingkan. Tahniah Prasada !!! Semoga Prasada dapat terus lagi memajukan diri dengan ilmu-ilmu teater, belajar dari kesilapan. banyak lagi yang kena belajar, jangan sesekali rasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi :) Sampai di sini je la post akuserabut. nak komen lebih-lebih bukan pandai sangat pun pasal teater~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...