Sunday, January 30, 2011

PEREMPUAN CEPAT TUA

Selamat bercuti Raya Cina semua...syoknya leh lepak kat rumah lama-lama... kerja makan tidoq.. makan tidoq...lama-lama kencing manis aku hahahahaha~ saja nak menyerabut kat blogserabut tentang ayat-ayat dari papa aku kejap..bapak aku cakap dengan aku..

"Nanti ko nak cari awek.... cari yang muda dari ko 5-6 tahun... perempuan cepat tua... memang la nampak muda awal-awal... tapi bila dah beranak nanti.... mesti nampak tua punya la... ko nak papa tolong cari kan tak?"

Agak terkejut dan terkesima kejap dengan kata dari papa aku hehehe.... tak kan cari awek yang muda 5-6 tahun dari aku...sekolah pun tak habis lagi la awek tu nampaknya... mungkin entry ni boleh menyebabkan sesetengah awek terasa.... tapi saja nak share pasal menda ni... jangan marah k :).... Bagi aku pulak.. mungkin teori ni orang dulu-dulu pegang... nak bini yang lebih muda... tapi orang sekarang tak kisah pun pasal umur.. yang penting 'cinta' la kononnya... sebabnya.... orang zaman sekarang ni macam-macam diaorang buat untuk jadi muda hehehehe.. macam-macam ubat telan... tak kira yang cucuk susuk lagi tu.... cucuk sana sini... yang pakai susuk tu boleh dipanggil geng plastik....

Pengalaman aku pula, ramai pulak membe-membe aku yang awek dia tua sikit dari dia.... aku pun pernah tapi itu dulu la...ex aku :)....baru putus.... tu yang papa aku nasihat aku tu hahaha... hmm ntah la nak komen macam mana lagi dengan statement ni... tapi kalau perempuan tu pandai jaga badan apa salahnya kan?? hehehehe yang penting saling terima dan menerima... kalau saling terima dan menerima dah cukup untuk satu-satu pasangan bahagia.... dah lebih pulak aku merapu pasal menda ni.... tapi apa salahnya sekali sekala merapu sikit hahahaha..

Tiba-tiba adik perempuan aku menyampuk.... lelaki pun sama ja papa... tengok pakcik seorang tu...sebelum kahwin punya la tuff dan hensem....lepas kahwin perut boroi macam bini dia mengandung 5 bulan hahahaha.....

Kesimpulannya, lelaki dan perempuan sama ja..... peace~


(gambar tak da kaitan hahahaha)

Wednesday, January 26, 2011

CLEOPATRA STRATAN

Tadi semasa aku berblogwalking aku ada terjumpa satu entry pasal kanak-kanak ajaib di blog kindofsoul.... info tentang seorang budak perempuan yang bernama Clepatra Stratan menarik perhatian aku sebab aku macam pernah dengar je nama ni dulu.. apa lagi search kat google dan wikipedia la....hehehehe




Budak Perempuan ni rupa-rupanya penyanyi..... Umur 3 tahun jagung dah jadi penyanyi... hebat pulak tu... dia jugak sebagai pencatat sejarah dalam industri muzik sebagai seorang penyanyi termuda yang berjaya...Cleopatra Stratan yang dilahirkan pada tanggal 6, Oktober, 2002 telah mengeluarkan album pertama yang bertajuk La vĂ¢rsta de trei ani (pada usia 3 tahun)... Penyanyi muda kelahiran Chisinau, Moldova ini jugak merupakan pemegang rekod artis termuda yang paling lama perfomed live di hadapan ribuan penonton iaitu selama 2 jam. Selain itu, dia jugak la artis termuda yang mendapat bayaran tertinggi dan pernah mendapat MTV award sebab penyanyi termuda yang mendapat 1st hit dalam Romanian Singles Chart.


Sejarah pembabitan Cleopatra Stratan dalam industri muzik adalah bapak Si Cleopatra (Pavel Stratan) pergi buat recording dalam sebuah studio.... bapak dia bawa dia pergi sekali time buat recording tu... si Cleopatra ni dengan selamber amik mic dan nyanyi bersama dengan bapaknya, keadaan itu membuat semua orang terpegun dan akhirnya diaorang sebulat suara nak buat recording dengan si Cleopatra ni....Lagu paling hit dia yang bertajuk Ghita sudah pun di'translate' kepada bahasa Spanish dan English...aku dok layan je lagu dia ni walaupun aku tak paham apa maksudnya hahahaha...agak best jugak lagu dia...jom layan~

Cleopatra Stratan-Ghita



credit to kindofsoul


Tuesday, January 25, 2011

KARTUN LAWAK-LORD OF THE NERDS

Jom layan lawak bangang pagi-pagi :)



source geeksaresexy.net

Monday, January 24, 2011

GELAGAT 'KIPAS SUSAH MATI' JUSITN BIEBER DI INDONESIA

Akhirnya dapat jugak aku update Blogserabut pagi ini setelah sepi aku tinggalkan beberapa minggu... terima kasih aku ingin ucapkan kepada yang sudi singgah Blogserabut dan tidak lupa jugak kepada yang sudi follow...

Pagi Isnin ni aku nak bercerita sikit tentang Justin Bieber yang khabarnya nak datang Malaysia pada 21 April 2011 ni... Nah aku nak bagi free Poster Justin Bieber ni kepada peminat-peminat Jusitn Bieber yang kunjung ke Blogserabut... tapi dengan syarat print sendiri kakakaka....amik ni~



Yang paling murah pun RM98.....tak ada pasal aku nak pergi tengoknya hehehe...tapi bagi peminat Justin Bieber..berapa pun harga tiket diaorang sanggup je beli.. 'kipas susah mati' la kata kan.... aku bukan minat sangat pun Justin Bieber ni....tapi boleh dengar jugak la lagu dia... tak la seteruk macam Dani AF nyanyi... Tapi kalau Tila Tequila datang buat konsert kat Malaysia comfirm aku pergi lol....

Kembali kepada tujuan aku buat entry ini sebenarnya nak berkongsi gambar-gambar 'Kipas susah mati' Justin Bieber di Indonesia yang serabut nak beli tiket konsert Justin Bieber di Indonesia. Pada 23 April 2011, si Justin ni ada buat show kat Indonesia jugak...Ribuan peminat si Justin di Indonesia beresak-esak nak beli tiket... keadaan macam nak beli tiket final AFF Suzuki Cup di Bung Karno tempoh hari...sampai ada yang menangis, pengsan, kencing dalam seluar dan macam-macam lagi hahahahaha..... diharap-harap jangan la keadaan ini berlaku di Malaysia...peace :)

sumber gambar gosip.ucilblog




KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

Wednesday, January 19, 2011

RUPA HITLER APABILA DI'KARTUN'KAN




Siapa yang tak kenal Adolf Hitler search sendiri kat google atau Wikipedia hehehehe... Jom kita layan rupa Hitler yang telah dikartunkan~~




Hitler-Pikachu


Hitler-Teletubby by pussyinboots


Hitler-Chan by PivoteerJK


Sailor-Hitler by SSPirate


Hello Hitler by CazzieRocka

SURAT CINTA BUDAK SEKOLAH

Ni aku nak share satu contoh surat cinta budak sekolah yang failed matapelajaran Bahasa Melayu nya.... Mak bapak suruh pergi sekolah mengaji, dia pergi bercinta dengan monyet haiz..... Adakah disebabkan Malayisa semakin maju menyebabkan proses kematangan seseorang kanak-kanak berlaku semakin cepat? Sekarang ni aku tengok budak-budak sekaolah rendah dah pandai berkapel-kapel sekarang.. punca utama benda ini berlaku yang aku dapat kesan adalah penggunaan handphone oleh golongan kanak-kanak.... sekolah rendah lagi dah boleh pakai handphone canggih manggih...serius dengki hahahhaha...

Aku penin la dengan budak-budak sekarang ni... asal selalu mesej dan colling2 dah dikira kapel... kadang-kadang tak pernah jumpa pun dah panggil sayang, darling, honey, B , D dan macam-macam.... aku taw la la sebab aku pun ada sedara-mara yang masih sekolah rendah lagi... Selain handphone, satu lagi punca yang aku dapat kesan adalah budak-budak yang selalu tengok filem atau drama cinta...senang la diaorang terpengaruh... tengok cite cinta je rasa nak kapel... wtf !!!! so, kesimpulannya jangan biarkan adik-adik anda tengok cite cinta.. lagi-lagi cite korea hahahahha....Aku jumpa gambar ni kat facebook membe aku, Joe nama dia...jom layan~



Monday, January 17, 2011

CARA NAK CHECK TERUNA LELAKI-LUCAH-18SX




Ini merupakan lawak yang mengandungi unsur-unsur kelucahan...Amaran kepada pengunjung blog yang berumur 18 tahun ke bawah... anda tidak digalakkan membaca tanpa pengawasan ibubapa anda hahahahaha..... tetapi digalakkan kepada pengunjung blog yang berotak kotor dan mengandungi banyak unsur-unsur porn di dalam otaknya lol....Lawak ini jugak menggunakan Bahasa Inggeris... anda juga tidak dibenarkan menggunakan 'google translate' untuk translate kepada Bahasa Melayu kakakakakaka :)

via funlok

KLIK 'READMORE' UNTUK LAPORAN PENUH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...