Monday, June 27, 2011

HRITHIK ROSHAN PELAKON GREEN LANTERN?

Baru tengok cerita Green Lantern tadi. cerita agak slow tapi boleh layan. bila aku tengok gambar hero Green Lantern,watak Hal Jordan lakonan Ryan Reynolds muka ada macam pelakon Bollywood la. muka ada iras Hrithik Roshan. serius aku ingat Hrithik Roshan yang berlakon bila kali pertama tengok iklan cerita Green Lantern. Jom kita main banding-banding muka.

Watak Hal Jordan lakonan Ryan Reynolds dalam Green Lantern













Hrithik Roshan





Bila search Google green lantern hrithik roshan tadi jumpa banyak link. rupa-rupanya ramai dah perasan menda ni. hadoi aku dah lambat hahaha down! tapi nak post jugak!

Tak kira nak post jugak! LOL

Wednesday, June 22, 2011

PEREMPUAN TAPIR

Tadi aku kutuk adik sepupu aku yang perempuan tu. aku kata kat dia : hang ni dah macam tapir dah aku tengok! muka putih. tangan dengan kaki gelap. ni kes dok naik motor pakai baju lengan pendek dengan seluar pendek la ni! syok ooo kalau dapat kutuk orang sekali sekala hahaha. tapi memang nak kena maki pun adik sepupu seorang tu. suka sangat merayau naik motor. tiba-tiba terkutuk adik sepupu aku tu. aku terpikr satu spesis perempuan ni. spesis nak putihkan muka macam musang.

Aku bukan nak menghina ok. cuma nak kasi serabut ja. aku tengok sekarang ni. macam-macam krim muka yang kaum perempuan guna. yang spesis aku nak cakap ni. spesis perempuan badan tak putih. tapi pakai krim tudiaaa kasi muka putih gila. tengok tangan dan kaki pulak tak putih pun. mungkin korang yang yang berspesis tu rasa biasa. rasa lawa. tapi aku rasa macam pelik la. bukan nak menghina ok sekali lagi aku habaq!!! bila tengok muka perghh putih gila. pakai krim sampai salin kulit muka. dari gelap leh jadi putih. bila tengok tangan. macam langit dan bumi. jangan marah noh. aku nak cakap ja!

Pelik-pelik aku tengok. kulit muka sampai mengelupas. yang aku tau.krim tu murah ja. macam-macam ada. dengaq kata ada krim yang beracun pun ada. kalau silap pakai leh cacat muka. serius hampa jangan dok buat main-main menda ni. bagi aku la kan cantik itu bukan setakat orang puith ja boleh cantik. orang kulit gelap pun cantik jugak. tak yah la buat menda pelik-pelik macam tu. muka putih bak kapas. bahagian badan lain kaler macam biji kapas! ni kalut nak putih buat pa. takut aku tengok. macam alien pun ada aku tengok perempuan macam tu. hadoi heroin hindustan ada yang gelap jugak. cantik molek ja. tak kira gelap ke cerah warna kulit tu. ada cantik dia. tak yah nak buat kalut. muka kaler lain. badan kaler lain. tak rasa pelik ka hampa?

Top model dunia ada yang berkulit gelap atau hitam jugak. tapi cantik ja aku tengok. tak putihkan muka macam beruk muka puith pun! (white faced monkey). kulit gelap tu ada keistimewaannya. jangan sangka orang berkulit putih ja boleh dilabel cantik! gelap pun cantik jugak. tapi macam mana korang nak menonjolkan kecantikan korang. insaf la daripada nak guna krim-krim pelik macam tu. dah macam Dr. Rozmey pulak aku LOL!


Perempuan Tapir wakaka (suka hati aku ja, jangan marah aku noh hehehe)


white faced monkey said : i use white faced krim yeahh!!! hahaha

Friday, June 17, 2011

POWER ROOT BAGI AKU RM13 000 00

Aku nak cerita menda lawak ni. Power Root nak bagi aku hadiah RM 13,000,00 hahaha aku pun tak pasti pasal pa jumlah angka kosong tu macam pelik sikit. typo kot. semalam aku dapat mesej dari Power Root kata aku menang duit tu. hairan jugak aku. tak pernah join pun mana-mana contest Power Root ni. minum pun jarang-jarang-jarang aku rasa. aku dapat mesej dari nomber ni +6285796871587. mesej itu berbunyi.

Nomber Phone Anda Menang Promosi RM.13,000,00 dr, "Power _root" SDN BHD KL No.Seri:575477 Sila Call Office ; +6281394285897

Menda ni komfem menipu! pastu aku pergi la komen kat Fanpage Power Root untuk bertanya pasal menda ni. diaorang pun komen balik kata menda ni tak betul! Serabut dengan pihak-pihak yang suka cari makan dengan menipu ni. aku tak call pun number tu. kalau call komfem makan credit aku. kalau tak pun ada orang yang kaki tipu kata kena bayar dulu baru boleh dapat hadiah ganjaran tu.

Siapa yang percaya menda bodoh ni memang bodoh kuasa dua la. sapa nak senang-senang bagi kita duit.pikiaq la. selalu jugak aku dapat mesej merapu kata menang hadiah macam-macam. aku rasa korang pun pernah dapat. jangan mudah terpedaya sudah la. macam aku ni. kalau aku dapat mesej menang hadiah yang menipu macam ni aku akan reply mesej tu dengan perkataan yang agak kasaq iaitu fakof LOL.

Semakin rancak dah orang menipu untuk cari makan sekarang. korang jangan lah senang-senang percaya dengan geng-geng pokimon tu. ada orang yang terpedaya disebabkan dengan hadiah ganjaran. pasal duit ja ada orang boleh jadi bodoh kadang-kadang. pasal duit ja orang akan mengurangkan fungsi otak untuk berpikir. pasal duit ja orang akan mudah dijinakkan. jangan pasai duit orang boleh dibeli! pasal duit maruah pun boleh tergadai. cam nakharam kadang-kadang kuasa duit ni. pikiaq la pakai pala otak kalau nak percaya sesuatu. jangan pikiaq pakai pala lutut k!


Menda lawak masa kau google gambar Power Root ni tadi. tiba-tiba mak aku lalu nampak gambar-gambar Power Root ni kat laptop aku. mak aku tanya : Amboiii dok minum Power Root ka la??
dem! kakaka

Thursday, June 16, 2011

RESPONSE : POLITIK PENCETUS RACISM

Macam-macam response yang aku dapat daripada entry aku yang bertajuk Politik Pencetus Racism tu. terkejut jugak aku sebab banyak jugak response dari membe-membe aku. tak kira dari dalam dunia blogging atau pun membe-membe yang mengenali aku. ada yang memahami luahan aku. ada yang like. ada jugak yang shared kat FB. ada jugak membe blogger aku siap buat entry untuk aku. yang hadoi nya, ada yang salah paham dengan apa yang aku tulis ! hmm.

Kepada membe-membe aku yang support aku. terima kasih tak terhingga dari aku. kepada yang salah paham. aku serabut jugak sebenarnya. aku terasa gila dengan seorang mamat ni. dia komen kat blog membe aku yang buat entry pasal aku. perghh ayat dia sangat sinis buat aku bengang gila. ayat-ayat dia sangat prejudis. kepada mamat tu. kalau dia ada baca entry ni. aku nak bagitau dia. aku tulis entry tu bukan untuk suruh korang yang beragama Islam mengagungkan atau menegakkan agama aku. jangan buat andaian sesuka hati boleh tak! aku cuma nak korang pikir sikit pasal golongan bukan Islam yang ada dalam Malaysia ni. aku cuma nak sedikit respect dari korang. itu ja.

Menda ini terjadi disebabkan politik sebenarnya. pasal perjuangan politik itu bangsa aku dan agama aku mendapat tempias. aku cuma nak mencerita kepada korang pasal tempias tu. entry itu aku sedaya upaya la tak nak kecik kan hati membe aku yang beragama Islam. sebab bukan itu niat aku. tapi komen seorang mamat ni sangat menyakitkan hati aku. kalau korang pun aku rasa korang akan bengang jugak kalau terjadi kat korang. aku bengang sebab komen mamat itu sangat memperlekehkan agama aku dan agak menghina agama aku. serius rasa macam nak bagi penyepak ja kat muka mamat tu kalau dia ada kat depan muka aku!

Komen mamat tu macam nakharam la orang kata. tak ada yang positif langsung. nak negatif ja. menda ni buat aku terpikir satu benda. iaitu daripada tulisan saja boleh menyebabkan orang lain benci gila kat kita. daripada tulisan saja boleh buat orang rasa nak bagi penyepak ja kat kita LOL tapi betul pa. sebab tulisan itu sudah boleh membayangkan yang diri kita ni orang macam mana. daripada tulisan saja kita dah boleh agak adakah orang itu boleh buat kawan atau lawan. fuhh tempias itu telah mengajar aku banyak menda hari ini. aku pun tak pasti tulisan aku ni boleh membuatkan korang pikir macam mana. aku tau lain orang lain cara. tapi jangan la sampai cara korang itu merendah-rendahkan atau menghina orang lain.

Tempias ini jugak mengajar aku bahawa yang kat dunia ini banyak ustaz atau tok sami versi Ustaz Google atau tok sami Google. sebab apa aku cakap macam tu? sebab ramai yang akan berlagak sangat alim bila satu-satu topik dibincangkan. tak kira agama apa sekali pun. golongan itu akan membahas dengan meng-google ayat-ayat dari agama masing-masing. kononnya hujahan berisi atau style la konon. sangat hipokrit! aku bukan kata kepada golongan yang betul-betul mempraktik dengan ayat-ayat agama yang dia hujah ok. sila ambil perhatian! aku cuma kata kepada golongan yang berlagak tu. golongan google-google.

Kepada golongan ustaz Google atau tok sami Google. mungkin niat korang baik. untuk memberi pendapat atau memberi nasihat. tetapi kadang-kadang cara korang akan membuat orang meluat dengan korang. cara korang akan buat orang benci dengan korang. apa salahnya cakap dengan gaya tulisan yang elok sikit bagi orang baca. apa salahnya menegur dengan elok sikit. korang sembang macam korang perfect tahap dewa. macam bajet bagus pun ada. aku bengang la. aku tulis untuk berbaik-baik dengan orang tapi ada orang komen macam taik. komen macam cari pasal! sapa tak terasa. aku rasa menda ni la yang terjadi kepada kes ustaz yang memukul anak murid sendiri sampai mati tu ( link ). mengajar budak supaya tidak jadi syaitan. tetapi mengajar dengan cara syaitan. last-last yang nak ajar orang tu yang jadi syaitan!

Ada yang berlagak macam imam muda tapi dok menari suffle pakai seluar pendek jugak. dok goyang-goyang kepala jugak bila menari suffle. bila buat ayat perghh bajet style.bajat cukup alim. sembang tak mau kalah. ada orang kutuk orang lain bila dapat tahu ada orang kena tangkap khalwat. kena tangkap merendek la. padahal dia jugak pernah ringan-ringan dengan awek dia kakaka dok ambil gambar peluk-peluk jugak dengan awek dia. hadoi tegur orang tu boleh tapi biar la bercara. banyak spesis orang ada kat dunia ni. mungkin korang rasa korang berilmu bila korang belajar tinggi. ambil degree. ambil law pulak tu. perghh. tapi satu menda korang jangan lupa. orang pandai jugak boleh jadi bodoh. orang bodoh pun boleh jadi pandai.

Bukan semua orang sempurna dalam dunia ni. sepandai orang tu pun. bukan dia pandai dalam semua bidang. respect sikit bila nak bercakap dengan orang lain. kalau kita tak respect orang lain dulu. macam mana orang nak respect kita? sampai mati pun orang lain tak respect kat kita! menda simple. tak payah hujah pakai soal agama pun boleh agak. aku pernah cakap dulu. nilai respect sangat penting untuk negara macam kita ni. negara yang berbilang kaum dan agama. respect pun ada tahapnya. aku sedar menda tu. jangan sampai orang lain pijak kepala kita. tapi agak-agak la kan. respect dengan sanjung lain sebutannya. lain maksudnya. jangan samakan dua menda ni. peace.



Monday, June 13, 2011

TAHAP KE-HENSEM-AN LELAKI

Macam mana nak bagi gred kekacakan atau ke-hensem-an seorang lelaki. setiap orang perempuan mesti mempunyai care menilai lelaki yang berbeza. senang cakap. taste lain-lain. ada yang suka style hindustan. bulu dada spesis berkilo punya. ada yang suka k-pop style. muka ala-ala jambu cam bapok. muka spesis bersih lagi suci. tak ada bulu punya geng. silap-silap bulu burung pun tak dak kakaka!

Tapi tahap kehenseman lelaki yang dinilai lelaki berbeza dengan dinilai perempuan. aku bagi pendapat sesetengah orang la. macam geng-geng sekolah menengah aku dulu hahaha. dulu la. Tahap kehenseman lelaki dinilai berdasarkan tahap ke-cun-an awek lelaki tu. atau bertapa hotnya awek dia. bertapa buruk pun muka si lelaki itu. kalau awek dia cun. orang akan kata : fulamak hensem la mamat tu. awek hot cam nakharam! LOL muka macam Amir raja lawak kalau awek dia macam Ayu Raudhah. komfem hensem. komfem nampak tinggi. komfem nampak macho !

Lelaki akan respect lelaki yang ada awek hot. tapi bukan semua ok. saja cerita-cerita zaman budak-budak dulu. sekarang ni pun macam tu jugak kekadang. kalau lelaki kurang hensem bawak awek cun. orang akan kagum la kata power aaa ayat ngorat dia la. ada jugak yang dengki kata ilmu hitam la. pakai minyak pengasih la. hadoi.




Macam mamat dari China di atas ni. serius hensem + macho + bergaya. semua ada. bukan pasal dia. pasal awek dia cun gila. dem jeles gila. hahaha. saja nak sembang merapu dengan hampa. kbai :p

Saturday, June 11, 2011

TESCO PEMUSNAH KEDAI RUNCIT




Aku tengok sekarang ni pembukaan cawangan Tesco bertambah berkilo-kilo. saja nak ajak hampa sembang pasal menda ni. dekat rumah aku Sungai Petani ada 2 Tesco. satu kat SP utara. satu lagi kat SP selatan. daerah mana yang tak ada Tesco. hampa mintak la kat Tesco suruh buka cepat sikit kat tempat hampa hahaha semua menda ada jual dalam Tesco. macam-macam ada. tak kira la barang apa pun. harga pulak lebih murah dari kedai lain.

Kaitan dengan kedai runcit pulak. macam mana kedai runcit nak lawan dengan Tesco kalau bilangan Tesco kian bertambah. nak lawan harga pulak. komfem la Tesco menang. Tesco pun pandai. buka dekat-dekat dengan area kawasan perumahan. senang orang nak pergi menghabiskan duit. macam mana kedai runcit nak cari makan. Hampa kalau ada cita-cita nak buka kedai runcit yang macam selalu orang dok buka tu. buka kat lot kedai tu. tolong la tukar cita-cita lain. susah aku rasa nak cari makan pada masa akan datang.

Bukan setakat Tesco ja. Econsave lagi. Giant lagi. melambak cawangan depa ni dok nak bukak baru. yang positifnya kita sebagai pengguna syok la. barang murah. yang negatifnya lingkup la kedai-kedai runcit yang baru nak bukak tu. pasai depa ni dok lawan harga. aku ada jugak sedara aku kerja kat Tesco sorang. pangkat dia boleh tahan tinggi jugak. tau jugak serba-serbi pasal Tesco. dia kata Tesco ni ada orang depa dok survey harga barang kat tempat lain. depa akan sedaya upaya akan mengurangkan harga barang depa supaya barang depa yang termurah. gila mantap !

Tapi kat kampung rumah nenek aku. Tesco tak masuk lagi. sebab tu pakcik aku yang bukak kedai runcit masih kaya lagi hahaha. Tesco susah nak masuk lagi kat kampung-kampung ni. nak bukak kat mana? semua ladang getah. nak kena pukul tebang pokok getah buat tesco? mampuih orang kampung santau tokey Tesco muahahaha !

Friday, June 10, 2011

LAGU PUKI-PUKI

Aku tak tau nak cakap apa lepas dengar lagu ni. Lagu yang bertajuk Puki ini telah menyerabutkan kepala aku hari ini hahaha jom layan puki-puki !



cedok dari kapansenget
credit to uploader Drift8man


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...