Sunday, September 25, 2011

MASUKKAN NO PIN ATM TERBALIK ITU TIPU!!!

Ohh dem. aku silap bagi fake information kat korang pasal Tips kalau kena rompak kat mesin ATM tu. pasal masukkan no pin atau password korang secara terbalik yang boleh alert polis untuk korang itu semua tipu. maklumat palsu! Sory pasal entry tu. aku pun tertipu jugak dan aku tak check betul-betul dulu menda ni. sebab dulu aku rasa mungkin menda tu boleh menyelamatkan duit korang. ampunkan aku.

Khabar angin ini tengah kencang di publish kat FB, email dan lain-lain medium. semua ni tipu dan jugak boleh membahayakan korang kalau korang berbuat demikian. Sebenarnya idea No pin terbalik atau Backward password ni pernah dicadangkan pada tahun 1994 oleh Joseph Zingher dari Chicago. Dia berusaha atau pulun nak jual idea ni kepada bank-bank US masa tu. tetapi tidak berjaya sebab banyak sebab.

Antara sebabnya. kalau teknologi ini ada. tak kan perompak tak tahu? mesti tahu jugak kan. dia pun manusia jugak. mesti alert dengan menda-menda macam ni kalau backward password itu dilaksanakan. so, bila ada mangsa rompakan yang memasukan no pin terbalik tu. sebenarnya ia lagi membahayakan. daripada khabar angin tu. Ia kata duit akan lekat separuh kat mesin ATM. perompak akan tahu la kalau macam tu, dan nyawa korang susah dalam bahaya.

Satu lagi dia kata kena tekan no pin atau password terbalik. macam mana dengan contoh password 123321 , 111111, 223322. terbalik pun dapat no pin sama. so tips tu tak boleh pakai. gagal! dan masa untuk polis sampai tu. kalau nak tunggu polis sampai kepada mangsa rompakan. perompak sudah lari daa.

Pihak bank tidak boleh mempertaruhkan nyawa orang dengan duit. dan pihak bank tak ada buat menda-menda yang lagiiii boleh membahayakan nyawa penggunanya. senang cakap nyawa itu lagiiii bernilai atau tak ternilai. Korang kalau kena rompak please la pikir panjang-panjang sebelum bertidak sendiri. sebab itu semua melibatkan nyawa. duit atau harta yang hilang boleh dicari tetapi nyawa yang hilang mana boleh ganti ganti!

Korang taip la no pin korang secara terbalik beribu kali pun. tak akan ada polis yang datang. tak ada pun teknologi itu ok. aku yang silap post tak buat research sikit. sory sekali lagi. aku rasa cara paling selamat dan boleh mengelakkan kena rompak adalah dengan korang jangan pergi seorang diri untuk ambil duit dari Mesin ATM yang sunyi. mintak membe-membe teman ke. sesiapa yang korang boleh harap la. tu la aku rasa paling selamat.


credit to hoax-slayer


p/s sory sebab post pasal maklumat yang palsu. maaf! haiss serabut-serabut!!!



Tuesday, September 20, 2011

UNTUNG LA AWEK RETI MASAK

Aku rasa semua lelaki nak macam tu. nak seorang awek atau bakal isteri yang reti masak. bukan nak ber'demand' ok. cuma nak yang reti atau tahu masak sikit. reti dengan pro lain maksudnya. kalau pro dia lain. pro tu memang terer la semua dia tau buat. makanan italian spanyolian wang kelian semua dia tau buat. yang aku maksudkan kalau boleh tahu masak masakan simple-simple pun tak apa. janji tak melapar kebuluran.

Mama aku pulak selalu warning aku : hang nanti cari bini yang tau masak! paham! Mama tak nak nanti mama masak bagi anak menantu pulak! aisyemen mama aku ni. aku tak habis belajar lagi aa. nak warning-warning pulak! aku tanya mama aku lagi : Mama. kalau reti sikit-sikit boleh tak? Mama aku kata : ok latu. nanti pandai la kalau dah berlaki. beranak. tak kan nak bagi family makan luar ja hari-hari. memang la perempuan sekarang ni berkejaya. gaji tinggi. tapi at least sekali sekala masak sendiri. baru la harmoni baru la bahagia dan sweet (ok yang tu aku tambah!)

Tapi bagi aku kan. perempuan sekarang dah lain dah. belajar tinggi. bukan aku nak kutuk la. aku ada seorang membe perempuan seorang ni. apa pun tak reti bab masak-memasak. aku pun pandai dari dia. boleh bayangkan tak betapa fokusnya perempuan sekarang dengan kerjaya. sampai potong bawang pun tak reti. malu wei aku yang lelaki berjambang pun reti potong bawang boooo!

Haa sebeluam aku menamatkan entry ni aku nak wish terima kasih banyak-banyak kepada awek membe aku Echa Chipmunk. yang memberi aku setapperwer Kek Lapis Sarawak. buatan sendiri ok!!! serius sedap kek tu Echa. thankyou. Untung la hang Mael. awek pandai masak. buat kuih pun pandai. buat kek pun pandai. menari pun pandai gagaga!




Aku selalu nampak kat internet ja Echa yang tembikai ni. tak sangka ada orang beri aku makan sepuasnya kek ni. terharu bahahahaha.
Lawa kek ni. aku makan pun tak sampai hati. tapi habis jugak! kekeke


p/s -aku rasa macam tak lengkap la karangan aku kali ni. post ja laaa LOL!

-sapa reti masak mai kat abang mai kakakaka!

Saturday, September 17, 2011

TAK TAU NAK CAKAP PA- ENTRY MERAPU

Ini bukan wordless wednesday tapi taktau nak cakap pa pada hari Sabtu ni setelah aku baca komen ini.



edited-demi keselamatan dan keamanan sejagat. aku rasa baik aku blurkan nama si pengomen ini hahaha
ngeri gila. lariiiiii kbai



p/s -pliss pliss jangan maki aku!

-sentap dengan komen macam ni siot #LOL

Tuesday, September 13, 2011

AKU BUAT LAWAK KAT PEJABAT POS

Tadi aku pergi pejabat Pos Laju kat Bangi. nak amek motor aku yang dipos dari Kedah. sampai ja kaunter. akak kaunter tu tanya aku macam ni.


Akak kaunter : helmet ada bawak tak?

Aku : ada. ada bawah seat motor.

Akak kaunter : kunci motor ada bawak?

Aku : hmm.. dak! !@$%&* dem lupa!

Akak kaunter : wakakaka!

Aku : cilaka ..l..

Semua orang ada kat situ termasuk staf-staf Pos Laju gelak kat aku. nakharun malu aku! aku pun satu hal. dah tau nak pergi amek motor. kunci tak bawa. haiss kesian kat Kimy pala besaq. kena balik kolej tolong aku amek kunci pulak. bukak sem baru ni. serba tak kena aku. serabut betul! macam-macam hal pulak datang mengundang. sabar je la.

Ni aku nak luahkan rasa kebengangan aku dekat service penghantaran motor oleh Pos Laju ni. lepas ja motor aku dipos. bercalar-calar motor aku. sakit hati ooo dah macam kena cakar harimau ni. bila komplen kat orang PosLaju. dia tanya kita balik. laaa asal tak balut? nakharun sekali lagi! mana aku nak tahu kan. dah tak bagitau. dah calar baru nak habaq!!! so kepada hampa yang nak pakai service penghantaran motor ni. elok la hampa balut dengan plastik ka. surat khabar ka. kotak ka. condom ka. ehh mana boleh! LOL

Kalau tak balut. jangan menyesal di kemudian hari la bila motor hampa macam keluar dari kandang harimau. aku dok panas hati lagi ni bila usha kesan-kesan calar motor aku ni. rasa macam nak cakar muka orang yang kerja ka Pos Laju ja tadi! sabar aran sabaq!



Ni. balut macam ni. aku taktau panggil apa plastik ni. tapi plastik ni la depa buat balut motor.kbai.


Tuesday, September 6, 2011

BILA MALAS GILA

Pagi-pagi kepala rasa serabut. mai aku nak bagi satu teka-teki-tekud.

Menda apa yang kalau malas tu malas gila.
Tapi kalau rajin tu rajin gila!




Jawapan : update blog !

bila penyakit malas mai. berminggu-migguan tak buka blog.
tapi bila angin rajin mai. sehari post tiga kilo. kurang-kurang tiga kali sehari. dah macam makan nasi dah update blog. sekian!




p/s nak wish jugak Selamat Merdekaraya. walaupun dah nak seminggu berlalu. selamat-selamat nah semua =)


Kepada membe-membe kamcheng masa belajar formsix kat Londong dulu. sory kepada yang aku tak sempat jumpa la. tak sempat pi raya rumah la. moga-moga hampa sihat ja. tetiba tacing pulak. free-free kita pi main bola dengan Chealsea lagi. bahahaha.kbai!

Thursday, August 25, 2011

TIPS HILANGKAN SEMBELIT-MERAPU

Kalau aku sembelit atau berak tak keluar. aku akan tengok video-video ni. lepas tengok video-video ni berak aku akan berebut-rebut keluar pruttt pruttt!

Gula-gula



Max 24/7



aku gurau ja. kbai.


p/s sory kepada kipas susah mati group Gula-gula dan Max 24/7 hehehe.

Tuesday, August 9, 2011

AKU SERABUT DENGAN PUASA

Semua dok cerita pasai puasa. aku menjadi agak lonely keseorangan di sini. oleh itu aku nak cerita jugak pengalaman aku dengan bulan puasa ni walaupun aku bukan Islam. Aku rasa ramai lagi membe-membe blogger yang tak tahu aku ni bukan orang Melayu dan jugak bukan beragama Islam. nak tau lagi lanjut pergi usha entry-entry lama aku. malas dah nak cerita pasal sejarah hidup aku yang serabut ni.

Aku ni cukup serabut bila datang bulan puasa ni. bukan aku kena puasa. tapi aku terpaksa berlakon puasa jugak kekadang. pasai muka aku ni macam Melayu. orang bangsa Siam dengan Melayu muka lebih kurang. susah nak cam gak. bila orang ingat aku Melayu. kalau aku makan sesuka hati aku di khalayak ramai. komfem difitnahi hahaha lagi pun nak respect la kepada yang berpuasa betul tak. macam-macam kenangan-kenangan lawak aku bila time-time puasa macam ni. kena check IC la. hadoi. meh aku nak cerita.

Ada sekali tu aku teman dua orang membe aku si Mael dan si Kimy buka puasa kat KFC. bila dah beli ayam goreng KFC. kami pun duduk la kat meja dalam KFC tu. penuh orang kat KFC tu. semua dok tunggu masuk waktu buka puasa. tabiat aku pulak. bila duduk ja kat meja makan. aku mesti minum air sikit dulu. selamba rock ja aku sedup air pepsi aku. apa lagi semua makcik pakcik dalam KFC tu usha aku. hadoi spoil betul la. lupa pulak orang tengah puasa. bagi menjernihkan kekalutan yang aku timbulkan. aku pun amik henfon aku dan pura-pura cakap fon. pastu cakap bahasa Siam kuat-kuat lagi! hahaha nak terbatal puasa membe aku gelak.




Kisah kedua pulak. ada orang buat pengakuan tak puasa kat aku. cerita dia macam ni. masa bulan puasa kafe tempat aku belajar buka jugak. nak jual kepada yang bukan Muslim. pekerja kafe situ kebanyakan orang Indonesia. tapi semua speaking KL mantap gila. ada sekali tu. aku lapar sangat waktu tengah hari macam tu. aku pun pergi la kafe jalan-jalan cari makan. terpaksa buat muka selamba sebab lapar tak tahan dah. kebanyakan pekerja kafe kat situ tak tau pun aku bukan Muslim. masa aku order nasi ayam tu. ada seorang mamat Indo tu cakap dengan aku macam ni. " Bro tak puasa ke?" ( sambil tersenyum sinis ). aku pun sengih ja la. malas nak explain. pastu dia dia kata lagi. "saya pun tak puasa jugak". ( sambil gelak heheheh ) adoi lukenabeb! lol.

Cerita ketiga pulak. masa bulan puasa aku pergi makan kat kedai mamak. aku makan kat Subaidah. aku makan dengan membe India seorang. membe India aku seorang ni pulak keturunan India putih. muka macam melayu mamak. masa kami nak pesan nasi lauk. pekerja dia selamba ja cakap. "tak leh makan sini encik. kalau bungkus tak apa". apa kehel pulak tak leh makan sini. nakharun betul! suka hati aku la kan aku nak makan mana pun. bengang aku dengan pekerja ceduk nasi tu. last-last dia bagitau sebab. dia cakap kalau aku dengan membe aku kena tangkap dengan pegawal agama. depa akan didenda sebab benarkan orang Islam melantak masa bulan puasa kat kedai depa. adoi serabut lagi! last-last aku pacakkan IC aku depan Supervisor dia. masa tengah makan aku pampangkan IC aku atas meja makan. baru puas hati aku!

Cukup la 3 cerita aku terserabut masa bulan puasa ni. sebenarnya melambak lagi ada kenangan aku difitnahi masa bulan puasa ni. kena tahan polis hisap rokok atas motor la. kena check IC masa makan kat Mekdi la. kena maki masa minum air dalam kereta la. melambak lagi kalau nak cerita. sampai sini ja la noh. satu aku nak pesan kat korang semua. kalau ada orang boleh selamba rock makan atau hisap rokok depan orang ramai masa bulan puasa. jangan terus buruk sangka terus ok. kurang pahala korang. mana tau depa macam aku ke. orang bukan Islam yang muka macam orang Melayu. peace.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...