Thursday, April 7, 2011

PEGANG SI PAYU-PAYU DUYUNG

Sebenarnya aku nak letak tajuk entry ni. Pegang Tetek Duyung tapi takut orang marah aku pulak. kata aku suka sangat post pasal tetek la ! kata aku lucah la ! Oleh itu, aku tukar perkataan tetek ini dengan perkataan si payu-payu dengan harapan entry ini lebih manis dibaca hahaha wtf!!! pusing-pusing pasal tetek juga aku post. tapi kali ini aku nak kongsi info serius ni. bukan suka-suka aku nak post pasal tetek. aku peram lama dah entry ni. aku tak nak post sebab nampak kerap sangat pulak aku post pasal tetek ! aku sengaja post lambat sikit supaya orang tak kata aku gatal buntot lol

Cerita dia macam ni. aku nak kongsi satu kepercayaan klasik masyarakat daerah Songkhla, Thailand pasal patung duyung yang ada di tepi pantai Songkhla. Kepercayaan itu adalah kalau terhingin nak beristerikan awek songkhla. pegang la tetek patung duyung tu. serius buat aku tertarik nak post pasal menda ni. aku dapat taw cerita ini masa aku dan family aku bercuti di Songkhla waktu raya cina yang lepas. Ada orang tempatan situ bagitaw aku pasal kepercayaan ini. Sesiapa nak bini orang Songkhla pegang la tetek patung duyung itu sepuas hati anda ok gagaga tak stim ehh patung ja pun !!!


Ini la patung duyung tu. patung ini diberi nama The Golden Mermaid

Nak cerita sikit pengalaman aku berjalan-jalan di tepi pantai Songkhla tu. Serius cantik permandangan Songkhla. banyak tempat perlancongan disediakan. banyak tempat anda boleh habiskan duit hahaha Bagi yang beragama Islam. bab makan jangan risau. kat songkhla tu banyak rakyat tempatan Thialand yang beragama Islam menetap di situ, banyak restoran halal kat Songkhla. tak payah la nak risau kalau rasa nak melantak sampai pecah perut. Ni nak bagitaw, kalau nak pergi melancong ajak la Akuserabut k. kalau boleh payung sekali hahaha


Wednesday, April 6, 2011

1 NYAWA 7 RINGGIT

Pagi ni mood aku spoil tahap bila nak bergembira dalam jamban sambil bermain sabun. tiba-tiba makcik cleaner tanya. adik, ada nampak paip getah tak kat situ? ok, aku reka ja yang ni. Mood aku spoil bercampur sedih bila aku dapat tahu yang adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee (7 tahun) sudah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman otak dan komplikasi jantung. adik Saiful meninggal selepas 3 hari koma di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar akibat parah dibelasah guru terSAYANG!!! mungking aku lambat tahu pasal menda ni sebab aku tak follow up. tapi aku nak sembang kencang jugak pasal menda ni !

Saiful Syazani Saiful Sopfidee yang berumur 7 tahun dibelasah seperti anjing di tepi jalan oleh gurunya di sebuah sekolah agama persendirian di Arau. aku malas nak check nama betul sekolah tu. nak sensored la konon takut nama sekolah tercemar. taktik biasa yang sekolah-sekolah di Malaysia buat. Adik Saiful dibesalah sampai koma sebabnya dia disyaki curi duit yang berjumlah RM7 ! Sebab duit RM7 cikgu yang berumur 26 tahun itu membelasah pelajar dia sendiri sampai mati. jahanam!!!

Pukul untuk mendidik boleh. aku dulu pun selalu kena pukul dengan cikgu aku. memang la budak zaman sekarang ni manja macam cilaka. pukul sikit nak report polis. tapi ni ke cara menghukum pelajar yang berumur 7 tahun? pukul dengan nafsu binatang ni. siap hempuk kepala kat dinding lagi yang aku geram. pikir la sama perasaan bapak budak tu. yang buat aku sedih lagi. budak tu dah la mak dia tak ada. dah meninggal. sekarang ni dia ni pulak meninggal. kalau menda macam ni kena kat batang hidung dia macam mana dia rasa?? seronok? stim? anjing la cikgu ni ! geram aku !

Besar sangat ke kesalahan dia buat tu? curi duit RM7? budak-budak kan. otak tak masak lagi. ajar la bangang ! apa kes kau pukul dia macam tu. kau ingat senang ke nak mengandung 9 bulan. setengah mati kau taw tak mak dia lahirkan dia cilaka! Lain la kalau umur 7 tahun dah pandai rogol, hisap ganja. aku pun nak tolong kau belasah budak tu kalau macam tu. Dah la, aku taip sampai sini je la. pecah keyboard aku nanti kalau aku taip lama-lama. tolong la pikir pakai otak, jangan pikir pakai buntot !


Keadaan adik Saiful ketika koma


Takziah Akuserabut ucapkan kepada bapa Saiful

Tuesday, April 5, 2011

ABPBH VS ANWAR IBRAHIM

Post kali ini aku nak bincang pasal 2 topik hot dalam dunia internet sekarang. 2 topik hot yang Akuserabut maksudkan adalah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) dan Video Skandal Seks Dato' Seri Anwar Ibrahim. Serius 2 topik ini merupakan keywords yang paling panas di internet sekarang. Aku rasa kalah keyword Maria Ozawa kali ini hahaha lol Kalau tak percaya korang try buat entry pasal dua menda ni. komfem page views blog anda meningkat tanpa berkelip mata. Dem u Akuserabut!!! orang lain nak buat, ko pun nak buat!!! pergi jahanam la Akuserabut!!! hahaha alaa nak komen sikit ja pun.

Dulu aku pernah post pasal Anugerah Juara Lagu ke-25. page views aku mencanak-canak jugak dia meningkat hehehe tapi kali ini aku tak post pun pasal ABPBH 2011 sebab aku tengok banyak gila bloggers post pasal menda ni. macam bosan dan tak menarik ja kalau ramai dah yang post. tapi apa-apa pun suka hati kita la kan. blog kita hak kita !!!! peace Akuserabut ada tengok juga siaran live ABPBH hari tu. Akuserabut memang jangka Fasha Sandha menang ok!! aku heran la pasal pa yang ramai dok bangkang bila dia menang. aku minat gilaaa dia taw errr hahaha tolong la jangan banned blog aku sebab aku minat Fasha Sandha!!! hahaha



Seperti yang korang taw. Anugerah artis paling popular ABPBH 2011 dimenangi oleh Shaheizy Sam. Aku rasa menang layak la dia menang. aku minat dia banget ok. tapi aku tak gay la hahaha aku minat lakonan dia la bukan minat nak kapel dengan dia. Sesiapa tak setuju dia menang aku sumpah dia serabut 2 bulan ok aku melawak ja :)

Pasal video skandal sex Anwar Ibrahim plak. aku ada tengok jugak video tu. Video itu menunjuk seorang lelaki yang dilakonkan atau konon dikatakan Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk mengawan bersama seorang amoi China. Aku tak dak komen sangat pasal video ni. takut-takut Blogserabut kena hantam nanti. sapa nak tolong aku nanti :P tapi satu ja buat aku panas. Cilakak punya aku jeles dengan orang tua dalam video tu !!! tak padan dengan perut boroi boleh dapat amoi hot macam tu. aku santau bulan sakit masuk dalam perut dia baru taw hahaha aku merapu kasaq sikit. jangan marah noh. ni di antara gambar-gambar skandal seks Anwar Ibrahim yang aku jumpa di Google.





p/s Korang rasa antara dua menda ni? mana lagi hot sambil meletup?

Monday, April 4, 2011

DIKIR SERABUT WEHHH

Aku tahu sekarang banyak orang tengah serabut ni. serabut dengan nak exam la. serabut dengan video liwat la. video pelacur la. macam-macam hal sekarang ni. malas Akuserabut nak komen lebih pasal menda tu. pandai-pandai la nak hidup.

Ni Akuserabut jumpa satu lagu Dikir ala dangdut. ala kelab malam. ala pussycatdoll gitu. tapi yang ini Kelantan mari punya. Tajuk lagu ni Dikir Serabut Wehhh.... secocok dengan nama blog Akuserabut lol tu pasal la aku nak post pasal Dikir Serabut ni. Jom layan kasi lu punya serabut hilang dikit-demikit lama-lama jadi bukit-membukit hakhakhak!!!




p/s Entry ini dibuat atas dorongan kuat dari Hakam Neonatalio hahaha aku dah post dah wei !!!

Sunday, April 3, 2011

BELL NUNTITA-THAILAND'S GOT TALENT





Apa macam? Hot tak gambar awek ni? aku rasa boleh tahan la kot slrppp slrpp hahaha Awek ni sebenarnya bapok ok !!! dilahirkan ada burung dan sekarang dah tak ada burung lol Nama dia Bell Nuntita. sedap nama dia. slrppp slrppp wakaka. Bell Nuntita ni mencuba nasib dalam reality show Thailand's Got Talent. masuk ja si Bell ni atas pentas semua orang ingat dia ni perempuan. talent yang hendak ditunjukkan oleh si Bell ni adalah nyanyian.

Starting nyanyian dia buat suara perempuan. sedap suara dia. serius sodap. lepas tu dia buat suara lelaki pulak. dem!!! macho babeng suara lelaki yang dibuat. menda ni yang menarik minat aku buat entry pasal dia ni. suara perempuan dan lelaki dia dua2 sedap. sampai dia layak ke pusingan seterusnya. Sedikit kisah tentang si Bell ni, dia ni dibenci bapak dia sebab dia jadi bapok, bapak dia pernah pukul dia. nak dia jadi lelaki balik tapi usaha bapak dia sia-sia saja. Dia masuk Thailand's Got Talent sebab dia nak tunjuk kat bapak dia yang dia boleh berjaya dengan cara dia sendiri. dan dia kata dia sayang bapak dia. agak sedih cerita si Bell ni. aku bukan nak menyokong persatuan-persatuan bapok ni ok, tapi aku kagum dengan talent yang dia ada.



video credit to sutaweeSK

Saturday, April 2, 2011

KECELARUAN BERBAHASA




Di sini aku nak berkongsi kisah kurang sedih aku yang mengalami penyakit kecelaruan berbahasa. Lama dah aku ada penyakit ini sebenarnya. dari zaman sekolah rendah lagi. kecelauan berbahasa yang aku maksudkan adalah keadaan aku konfius dengan bahasa apa yang patut aku guna. aku bukan nak kerek kat sini yang aku boleh menguasai banyak bahasa. ini cuma kisah hidup aku yang serabut. Bahasa yang aku fasih dan selalu aku guna ialah Bahasa Siam, Melayu dan Mandarin. Bahasa yang aku faham dan jarang guna pulak Kantonis, Hokkien dan English. Bahasa English aku guna masa kelas atau masa belajar ja. boleh la cakap sedikit dua dikit. Kat sini juga aku nak cari sesiapa yang senasib dengan aku dan pernah mengalami pengalaman macam ini.

Bila banyak bahasa aku boleh cakap dan paham. kadang-kadang aku konfius bahasa apa yang patut aku guna !!! Benda ini banyak berlaku ketika aku baru bangun tidur atau keadaan di mana aku separuh sedar. bahasa pasar panggil mamai. Oleh itu, banyak la kisah lawak yang aku alami disebabkan masalah ini. Kadang-kadang aku cakap Mandarin dengan membe Melayu aku masa dia kejut aku bangun dari tidur. Pernah jugak aku cakap Siam dengan membe Melayu aku bila aku baru bangun dari tidur. nganga membe aku hahaha kelakar gila masa itu. konfiden ja aku cakap Siam dengan membe aku dan membe aku pulak selambe ja angguk macam paham. cilaka betul dia tu!!! aku yang serabut bertambah serabut dibuatnya. Bila aku sedar baru aku perasan. pasal apa la aku cakap Siam dengan dia ni wakaka malu !!!

Kat rumah. bahasa perantaraan family aku adalah bahasa Siam sebab aku berbangsa Siam. Mak dan adik perempuan aku selalu kena dengan aku. bila diaorang kejut aku dari tidur. kalau aku cakap Mandarin tak hairan sangat lagi sebab kadang-kadang aku cakap Mandarin dengan adik aku kat rumah. Yang hairannya aku cakap Melayu kat rumah. haiz serabut-serabut. tapi menda ni dah biasa berlaku di rumah aku. aku ja ada penyakit ni .adik aku tak ada pulak. Aku rasa susah aku nak buang kecelaruan berbahasa ini. memang ada kelebihan kalau tahu banyak bahasa tapi ini la yang berlaku kat aku sekarang ni.

Dulu lepas SPM bapak aku siap nak hantar aku belajar bahasa Jepun atau Korea lagi sebab dia ada membe Jepun dan Korea. Nasib baik mak aku tak bagi. takut aku gila katanya hahaha. selambe dek je mak aku 'sound' bapak aku. "ang nak anak ang gila ke?" (tapi dalam bahasa Siam la) hahaha tapi best jugak tahu banyak bahasa ni, banyak ilmu aku boleh dapat. macam-macam budaya orang aku boleh belajar.

Ni satu lagi ni. walaupun aku ada darah Cina tapi muka aku macam Melayu ok!!! berjambang ! kat rumah adik beradik aku siap panggil aku Mat Bangla lagi sebab jambang aku. Cilaka betul!!! aku selalu cakap Melayu ja dengan orang Cina yang tak kenal aku. malas aku nak cakap Cina. nanti dia tanya banyak pulak. kalau orang Cina tak tahu aku boleh cakap Cina. baru la senang aku nak tahu diaorang mengumpat aku ke tak. betul tak? sapa kutuk dan mengumpat aku siap la ang aku maki balik lol

Sekarang ni banyak orang Melayu hantar anak diaorang belajar di sekolah rendah Cina. tak hairan la ramai orang Melayu paham bahasa Cina sekarang atau kelak. Bagus la. Banyak kelebihan kalau tahu banyak bahasa. tak payah nak pakai juru bahasa kalau nak pergi melancong.jimat duit ooo hehehe. Entry ini cuma aku nak berkongsi kisah hidup aku yang serabut. bukan nak kerek. sapa kata aku kerek sila pergi jahanam hahaha peace. Aku benci racist !!!

Friday, April 1, 2011

ROKOK ITU UBAT





Entry ini ditulis dengan hanya menggunakan bahagian negatif otak aku dan sedikit otak merapu belah kanan ( otak yang dekat dengan telinga kanan). Kalau otak negatif dan merapu anda tengah berkobar-kobar dan rasa lapang macam habis final exam tak salah anda membaca entry ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...