Monday, December 13, 2010

PENOREH GETAH KAYA

Hari ini aku kembali meng'updated' Blogserabut aku ni setelah sekian berminggu-minggu aku mencutikannya hahahha fail BM aku. Belum habis feel mood holiday aku di kampung halaman aku, dah kena nak balik sekolah nanti, biasa la budak sekolah lagi aku ni. Aku nak merapu sikit pasal satu jenis pekerjaan yang boleh buat bagi aku iaitu penoreh getah. Jangan terkejut kalau penoreh getah sekarang pakai Toyota Vios, Honda Civic,City. Setakat kereta Proton Wira diaorang buat angkut getah sekerap ja sekarang. panas aku tengok.

Idea nak tulis pasal penoreh getah ni datang setelah aku ikut pakcik aku pergi menoreh, aku tak reti pun menoreh, kalau nak kutip hasil aku reti la..hehehehe bau dia pergghhhh menusuk kalbu. Sebusuk-busuk getah tu kan, kalau tak ada getah, tak ada la KLCC dan PROTON. percaya tak???

Aku nak buat sedikit contoh pendapatan penoreh getah setelah aku interview pakcik aku
Contoh ok :)
Bilangan batang pokok getah : 300+batang
Masa menoreh sehari : 1-2 jam
Berapa hari boleh kutip hasil : 4-6 hari (purata 5 hari)
Harga sekilo getah yang dijual : RM 6.15 (pengalaman aku)
Jumlah hasil getah dari 300+batang : 140+kilogram (pengalaman aku)

Sekali kutip hasil dah dapat RM 861 (140kg x RM 6.15). kalau sebulan kutip hasil 6 kali, pendapatan sebulan dah mencecah RM 5000.00 (RM 861 x 6kali = RM 5166). boleh bayangkan tak sehari kerja 1-2 jam. sebulan dah dapat RM 5000. ni baru 300+batang pokok yang beribu-ribu batang tu lagi la..kayaaaa oiiii jadi penoreh ni... jangan ingat orang kampung miskin sekarang. Setakat Myvi bayar cash ja orang kampung aku sekarang. Bila surat income tax sampai rumah serabut kepala. Tapi pendapatan penoreh getah ini tak tentu jugak. kalau asyik hujan ja sakit jugak. Musim hujan la yang boleh menyerabutkan kepala-kepala si penoreh ni. Kalau tak hujan kaya, kalau hujan miskin , itu lah kesimpulan kajian yang dapat aku simpulkan hahahahaha. Habis belajar nanti aku balik kampung toreh getah ja la senang lol


Percaya tak 5ketul getah sekerap yang dijual dah boleh beli snack plate KFC??
percaya la jangan tak percaya...hahahaha aku dah kaji dah ni hehehhe



8 comments:

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...