Monday, May 16, 2011

KO TE AW ?

Malam ni aku nak buka satu topik berkenaan dengan ejaan sebenar perkataan keow teow ni. selama aku makan keow teow ni kan. sampai hari ini aku tak pasti ejaan dia yang sebetul dia macam mana. macam-macam jenis ejaan aku jumpa. tapi yang aku dah buat research. hahaha dah macam kajian daaaa. ejaan K.E.O.W T.E.OW yang kebanyakan orang guna. macam-macam ejaan aku jumpa tak kira dalam internet atau pun kat kedai makan.

  • kui teow
  • kuih teow
  • kuao teao
  • kuew tiaw
  • ko teaw
  • ko te aw
Korang tau kot perkataan keow teow ni berasal daripada Bahasa Cina. (粿條) kalau dok makan hari-hari pun tak tau perkataan ni berasal daripada Bahasa Cina. buat malu ja hampa ! muntah kuaq balik la ! tapi yang aku jumpa kat wikipedia lain pulak cerita dia. dia eja :

KWAY TEOW

Wikipedia eja Char Kway Teow. "Char"( ) yang bermaksud goreng. Char Keow Teow tu bermaksud koew teow goreng la. ada paham? Perbezaan char keow teow Cina style dengan Melayu style adalah Cina style char koew teow dia kering. kalau Melayu punya style dia char keow teow basah. Setakat ni aku tak jumpa lagi la char keow teow Melayu style yang kering. kalau yang kering panggil koew teow goreng ja. tak yah nak char char dah lol. padahal char tu bermaksud goreng. bukan bermaksud basah pun. tapi itu la cerita dia pasal char koew teow ni.

Aku tak jumpa lagi kamus Bahasa Melayu yang ada perkataan Keow Teow. kalau korang pernah nampak bagitau aku. kamus mana. aku nak tau jugak ejaan betul perkataan koew teow yang telah di-Bahasa Melayu-kan. yang aku jumpa kat wikipedia ja. ejaan dia KWAY TEOW.



Char Keow Teow Malay Style. koew teow spesis basah berair .


Char Keow Teow Chinese style. nampak tak kering ! tak da ayaq !

p/s- biaq p la eja macam mana pun. janji masuk perut kenyang muahaha
- gambaq aku sapu kat Google ! pinjam sat !

CELCOM YANG SERABUT

Pagi-pagi buta ni aku nak bercerita pasal satu kejadian yang berlaku ke atas adik aku yang ada kaitannya dengan CELCOM ! hampir setengah tahun yang lalu ada pekerja CELCOM menawarkan pakej broadband kepada adik aku dan adik aku telah melanggan pakej broandband tersebut. ciri-ciri pakej tersebut :

  • RM 68 sebulan
  • kontrak selama 2 tahun
  • modem diberikan
Ceritanya. cawangan CELCOM Seberang Perai, Penang yang buat promosi tu. janji-janji taik kucing pekerja atau orang yang buat sale itu adalah diaorang akan hantar sendiri broandband itu ke rumah pembeli. Kesilapan adik aku pula adalah percaya bulat-bulat bahawa broandband itu akan dihantar ke rumah.

Tapi sampai sekarang broandband tak dihantar. Bil sudah dicaj pada setiap bulan selepas adik aku melanggan pakej broandband tersebut. sampai sekarang bil sudah mencecah RM 353.95. modem broandband belum dapat. bil dah sampai 300++ . watdahell CELCOM?

Tapi bukan Salah Bapak CELCOM. salah anak-anak cawangan CELCOM yang buat kerja tak betul. kerja nak caj orang ! Lu jaga CELCOM Seberang Perai. aku akan komplen pasal Lu ! tapi yang aku hairannya. CELCOM tak ada ke bahagian yang check data pengguna. kalau orang tak pakai pun. macam mana boleh start caj dah bulan-bulan. watdaneraka again ! money come first, customer later la kot misi dan visi CELCOM seberang Perai ni.

Surat yang sampai kat rumah aku pulak sekarang ni. dengar khabarnya CELCOM telah menggaji syarikat MAHA PARTNERS & CO untuk menuntut hutang daripada penghutang-penghutang CELCOM kononnya. wahh siap nak kena pergi mahkamah kalau tak bayar. macam mana nak bayar kalau tak pakai bro? Lu nak wa bayar jugak, Lu memang Langsi laa. korang kalau kena macam ni pun jangan bayar. buat apa nak bayar kalau tak pakai ! naik la mahkamah mana pun. tak dak mahkamah bangang yang suruh korang bayar punya la.

Satu menda aku nak bagitau kat sini. korang jangan senang-senang nak bagi IC fotostat kepada sesiapa. nanti tak pasal-pasal ada bil sampai ke rumah. sekarang ni macam-macam. orang nak cari income lebih. apa pun diaorang boleh buat. dengan adanya IC fotostat diaorang boleh buat line postpaid, kredit kad dan macam-macam benda yang boleh menjahanamkan orang lain. IC orang yang dah meninggal pun ada orang buat line postpaid telifon tau !

Aku sekarang ni memang tahap bengang amat dengan CELCOM ni. mampuih p la Nuffnang ada CELCOM ka. kalau kita tak komen macam mana depa nak improve betul tak. aku dan call dah customer service dia dulu. report pasal menda ni. diaorang cakap nanti diaorang nak check dulu. lepas tu call aku balik. sampai sekarang apa pun tak dak. bil pulak semakin meningkat tiap bulan. nak caj sampai bila bil satu bulan RM 68? sampai kiamat? fakoff !

Check la betul-betul CELCOM oii. nanti kalau orang kata service ampa macam taik, ampa marah ! kalau tak nak. buat kerja mesti mau jujur. ingat wa tak tau ka satu line postpaid lu berjaya tangkap customer. komisyen RM 50 saleman lu dapat. wa pun pernah kerja buat sale untuk lu maa dulu.jangan pikiaq duit komisyen ja. pikiaq hati dan perasaan orang lain sama maa. jangan kasi wa serabut !!!


memang in your hand! bil yang sampai. apa pun tak buat. tak pasal-pasal kena caj tiga ratus lebih !

Monday, May 9, 2011

I FIBER.BLOGSPOT.COM

Petang ni aku berpura-pura tak ada kerja lagi. padahal kerja melambak nak kena settle. tapi cuti kan. lepak luu. berlakon tak ada kerja kejap hahaha. tadi masa aku ting tong serabut kepala. aku try taip perkataan aku serabut dalam Google Translate. korang nak tau menatang apa yang Google translate bagi aku. ini haa :




Aduhh I Fiber yang dia translate bagi aku. rupa-rupanya Google Translate ni ting tong macam kepala aku yang serabut jugak. fiber tu serat laa cik Google ! haiz lepas ni rasa macam nak buat satu lagi blog la. blog versi mat salleh ting tong. ifiber.blogspot.com lol nanti jangan lupa singgah blog baru aku k wakakaka !

Sunday, May 8, 2011

GULA GULA PAP PAP




Petang ni aku tak ada kerja. tiba-tiba rasa terhingin nak tau pasal sekumpulan artis baru perempuan yang khabarnya bilangan pembencinya lebih ramai daripada peminatnya. kumpulan yang aku maksudkan itu adalah kumpulan Gula Gula. singgah la aku kat fanpage Gula Gula tu. saja nak tengok. hot ke tak lol dengar kata diaorang macam K-pop la. M-pop la. tak tau la aku. aku tak tau sangat pasal pop pop ni. takut kena kencing manis. tengok punya la tengok. gambar paha yang banyak. aku ingatkan fanpage tu jual paha ayam goreng. rupa-rupanya bukan.

Ooo ahli kumpulan diaorang ada 6 orang. aku pun tak sure la. diaorang ni orang apa. tengok macam mat salleh kacuk Cina pun ada. tengok nama pun ada sikit macam nama kucing aku tengok. Cat Women kot diorang ni. daripada 6 ekor kucing ni. ehh silap. 6 orang hehehe satu orang yang aku berkenan. nama dia MeiMei hahaha. sempat lagi usha. saja nak serabutkan kepala petang-petang ni.


Ni
Meimei. korang jangan kacau yang ni !!!


Yang dua orang bawah ni kalau nak amik, amik la. kalau boleh bawa pergi gosok gigi sekali. tapi ok jugak kalau jadi model ubat gigi dua ni. tapi model yang gigi sebelum gosok punya la LMOA






Dah la. kutuk sikit-sikit cukup. tapi serius aku kesian gila dengan Gula Gula ni terutamanya MeiMei errrr. tak sempat nak kuar album lagi. kutukan dah macam Tsunami. setakat ni aku tak jumpa lagi la blogger yang cakap menda baik pasal Gula Gula ni. semua yang hadoiii. kutuk tahap anjing laut. mana tau kan. lagu diaorang best macam drumstick ke. mana tau diaorang star akan datang ke? hmm semua menda boleh jadi. sebelum itu. tadi aku ada post komen kat page Gula Gula ni. ni post aku :


Saja hobi petang-petang :p

SELAMAT HARI IBU

Di sini Akuserabut nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu di dunia. atau bahasa orang putihnya Happy Mother's Day. Sebenarnya aku tertanya-tanya jugak kenapa hari ini ditetapkan menjadi hari ibu? Hari Ahad minggu kedua pada setiap bulan Mei. sebab bagi aku. bukan setakat setahun sekali saja kita ucap selamat kepada ibu-ibu kita. sepatutnya setiap nafas kita. kita doakan ibu kita. tapi orang kata hari ini hari ibu. aku pun wish ja la.

Tadi aku dah wish mama aku. dan sempat melepaskan satu ciuman di pipi mama aku. nak malu buat apa. ibu aku. kalau nak cium pipi ibu sendiri pun malu. itu dah kira ada something wrong la tu. hargai la ibu anda selagi sempat ok ! buat la sesuatu bagi ibu anda senyum atau ketawa. itu yang aku selalu buat sekarang. aku selalu loyar buruk dengan mama aku. bukan bererti aku kurang ajar atau derhaka kepada mama aku. tapi itu style aku. aku rasa senang hati bila tengok mama aku ketawa. suka bila tengok mama aku senyum. kalau korang rasa geli la aku tulis dalam blog macam ni. hmm~ suka hati aku la ! tapi aku taknak mama aku buka blog aku. sebab banyak entry pasal tetek dalam blog aku lol. apa mama aku pikir pulak karang hahaha

Aku masih ingat lagi satu menda yang cikgu aku bagitau aku masa aku sekolah rendah dulu. cikgu aku kata masa korang seronok celebrate birthday korang. korang pernah terpikir tak yang masa hari itu. ibu korang tengah separuh nyawa lahirkan korang. bermati-matian untuk memberi nafas kepada korang untuk hidup dalam dunia ni. sentap aku dengan kata-kata cikgu tu. sampai sekarang kalau tiba hari jadi aku, aku akan ucap thankyou mama. sebab ibu kita la kita dapat hirup udara sekarang tau tak ! ni tak. hari jadi ja keluar seronok dengan kawan-kawan. lepak karaoke la. jangan sampai masa ibu dah tak ada baru nak menangis menyesal. masa ibu ada ni la. korang kena selalu bersama ibu. aku dok kecoh ni pun aku tengah nasihat diri sendiri jugak sebenarnya.

Cikgu aku kata lagi. korang tak patut celebrate birthday korang sebenarnya. nak celebrate buat apa hari ibu korang mungkin bertembung maut. hari ibu korang sakit. hari ibu korang tengah mengalir air mata. semata-mata untuk korang ! semata-mata nak melahirkan korang. ayat-ayat ni dah terpahat dalam kepala otak aku sejak zaman sekolah rendah lagi. terima kasih cikgu kerana menyedarkan aku.

Nanti tacing pulak taip panjang-panjang. apa-apa pun Selamat Hari Ibu.kepada yang masih ada ibu. jangan lupa wish ibu korang k. kata pada ibu. korang sayang ibu. cium muahh sekali kat pipi ibu. buat ibu rasa yang korang menghargai ibu. takyah nak malu-malu ! buat ja :)


Monday, May 2, 2011

MAHARAJA LAWAK MEMANG DEWA



Kian menjadi-jadi pulak sekarang kemunculan page-page di Facebook. bak cendawan tumbuh lepas hujan rintek-rintek. Saja nak buat kecoh pasal pages yang dibuat berdasarkan dialog-dialog peserta-peserta dalam rancangan Maharaja Lawak. Gila ka pa? dialog lawak ja buat page. bayangkan berapa banyak boleh buat. memang dewa la peserta Maharaja Lawak tu. satu lawak satu page. yang like beribu-ribu jugak kadang-kadang.

Bukan semua peserta la yang aku kata dewa. yang jadi taik pun ada. dia ni terbalik sikit. kalau yang hebat tu dewa. yang tak hebat + tak best tu taik. pasal pa aku kata taik. orang lain ada fanpage untuk sokong faveret diaorang. yang taik ni ada page bermaki hamun nak dia kuar dari Maharaja Lawak tu. banyak pulak tu page yang tak suka dia. memang terbalik dengan dewa !

Apa-apa pun jangan la serabut-serabut. jom join hobi baru. satu orang satu page. baru tak serabut lol ni aku bagi link beberapa pages dialog dari Maharaja Lawak :

banyak lagi. pandai-pandai la cari. yang penting SEPAH memang top faveret aku. aku suka style lawak diaorang.


go go go
SEPAH !

Sunday, May 1, 2011

FILEM SERU-REVIEW AKUSERABUT




Kali ni Akuserabut nak buat review pasal filem terbaru yang aku tonton di pawagam. Filem yang aku maksudkan adalah Filem Seru. terbiatan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Hanamia Services Sdn Bhd. Arahan Woo Ming Jin dan Pierre Andre. aku tengok kat pawagam hari pertama filem ini ditayangkan di pawagam lagi. iaitu pada 28 April lepas. Sebenarnya aku tertengok cerita ini sebab membe ajak. tapi aku nak buat review jugak walaupun aku tak berniat nak tengok. ada pulak macam tu hahaha terlebih dahulu aku nak kasi sinopsis cerita Seru ini dulu.

Sinopsis :
Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk “Jangan Bernafas”. Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka.

Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai “footages” menarik untuk tujuan promosi filem tersebut.

Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal… tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi. Di sana juga mereka menemui sepasang suami isteri orang asli di mana berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kejadian aneh ini.

Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?
Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.

kalau nak tahu lebih lanjut sila ke budiey.com

Trailer Filem Seru


Komen aku pulak pasal filem Seru ni. Filem seru ni ala-ala filem dokumentari dan paranormal activity. filem yang berstyle dokumentari agak jarang dihasilkan oleh industri tempatan. oleh itu, boleh dikatakan agak baru dan tak ramai rakyat Malaysia yang berminat dengan cerita begini. kalau ditengok dari segi sambutan. cerita macam ni kureng sikit sambutannya. tengok panggung wayang pun kosong ja. tak dipenuhi walaupun tayangan hari pertama.

Ramai yang dok maki-maki kata cerita ini boring dan penin kepala la. shoot kamera boleh buat kepala mabuk la. aduhh korang kena paham filem dokumentari shoot kamera memang macam tu. goyang-goyang. lebih kepada realis. dah nama filem dokumentari. baru nampak real. tapi bagi aku la kan filem Seru ini nak buat macam benda-benda mistik tu betul-betul terjadi tapi macam kurang menjadi la. macam kurang real. nampak sangat cerita itu direka-reka dan dibuat-buat. mungkin nak buat macam kisah benar. tapi bagi aku nampak sangat direka-reka.

Part yang aku suka pasal filem ni pulak adalah part-part komedi yang diselitkan sekali-sekala. kalau sepanjang cerita buat serius ja. nak buat paranormal saja. silap-silap tertido penonton. scene seram dia pulak. ada yang menjadinya. boleh la. seram ja jugak sekali-sekala. Selain itu, menda yang paling suka adalah part Nora Danish pada awal cerita ini. saja suka tengok dia pakai baju nampak belakang badan dia lol

Kalau korang dah tengok cerita ni. korang mesti ada perasan ada menda-menda yang kurang jelas dalam cerita ni. korang paham kalau korang dah pernah tengok cerita ni. ni antara menda yang aku rasa kurang jelas adalah ada watak sampingan yang menjadi prop mayat. hilang dalam cerita ini. tapi sampai habis cerita. watak itu tak dapat dijelaskan. hilang ke mana tak tau. yang kedua. isteri bomoh orang asli yang berpura-pura baik itu ada bagi satu tangkai kat seorang perempuan ni. tapi macam kurang jelas apa menda tangkal tu. padahal bomoh tu memang jahat dalam cerita Seru ni.

Menda yang aku tak suka dalam cerita ini adalah ending dia. ending dia macam tutt tutt la. tengok-tengok dah habis cerita dia. ending dia macam tak stim la. aku rasa macam ada lagi banyak ending yang boleh buat lebih stim. Kat sini aku bukan nak buat perbandingan antara filem Seru dengan filem Noroi. cerita Noroi ni cerita paranormal dari Jepun. saja nak cerita pasal filem Noroi. kalau korang pernah tengok. korang tau la cerita ini macam mana. cerita ini direka untuk filem paranormal juga. tapi mati-mati aku cerita Noroi ni cerita betul dulu. serius macam real gila faker. sampai terbawa-bawa dalam mimpi. aku betul-betul percaya yang rakaman filem Noroi tu memang rakaman paranormal betul tu. kena tipu gila aku. tapi cerita Noroi tu memang best la !


Noroi

Semua ini cuma pendapat Akuserabut. nak komen sikit ja. kalau tak bagi komen baik tak payah kuar filem betul tak ? hehehe. peace :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...