Saturday, March 12, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA-REVIEW AKUSERABUT

Entry kali ni aku nak ber...ce...ce...rita...ce...ce..rita pasal movie terbaru yang aku tengok iaitu Hikayat Merong Mahawangsa. Terlebih dahulu la nak cakap terima kasih kepada Encik Hakimy pala besaq sebab sudi nak ajak aku tengok bersamanya dan tidak lupa jugak kepada Encik Vito Loji yang tengok sekali dengan kami. Kami tengok di Time Square. ok sampai sini pendahuluan aku.



Tahniah kepada KRU Studio kerana berjaya menghasilkan sebuah filem epic tempatan yang agak stylo. Susah la pembikin filem tempatan nak buat filem epic, paling kuat yang pecah panggung dulu pun filem komedi yang kitar semula lawak wayang kulit ataupun lawak pukul-pukul kepala. Oleh itu, aku kagum dengan hasil KRU ni. U rock babe !!! Banyak la orang puji filem Hikayat Merong Mahawangsa ni best la, CGI power la, aksi lawan tahap filem Jackie Chan la. Aku tak nafikan khabar angin tu, memang benar filem ini ada peningkatan dari segi semua tu. Owh.. lupa nak bagitaw duration filem ni lebih kurang 2 jam. agak puas hati rasa air-cond dalam panggung wayang.

Sekarang ni aku nak bagi pulak pendapat aku yang serabut ni tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Dari filem ni, baru aku taw macam mana tertubuhnya kerajaan Langkasuka dulu. Starting aku tengok filem ni, aku dapat feel yang macam aku tengok filem Hollywood, 'Pirates Of The Caribbean', macam sama je jalan citenya pada awal cerita... mungkin disebakan latar tempat kot, ada pulau-pulau dan kapal-kapal. 2 benda yang aku paling suka dalam filem ni ialah suara narrator dan lakonan Khir Rahman. aku sangat kagum dengan suara narrator tu, macho amat la !!! Pasal Khir Rahman pulak memang dari dulu lagi aku minat dia walaupun dia tak sehensem Semshui Haslem.

Benda yang buat aku bengang masa tengok filem ni adalah ramai orang gelak-gelak bila dialog melayu klasik diucapkan. filem ni banyak guna bahasa lama yang macam pantun-pantun dan kiasan. dengar je la, dok gelak-gelak pulak. mungkin sebab jarang didengar. rasa macam tak patut gelak je sesetengah part. Bila tengok cite Cina ke, omputih ke.. bila diorang pakai bahasa klasik diaorang tak gelak pulak !!! bahasa kita yang diaorang gelak.. fakoff!! Aksi lawan ala-ala cite Bruce Lee masih digunakan dalam filem ni. ala-ala cerita bruce lee?? contoh kalau 10 orang jahat lawan satu orang hero. satu orang jahat je lawan satu hero dalam satu masa, yang 9 yang lain menari-nari kat belakang menunggu masa untuk masuk lawan satu per satu.. agak klasik aksi lawan ini.

Banyak aksi perang yang 'spoil' dalam filem ni.. maksud aku aksi perang ala-ala aksi gaduh bebudak sekolah. ko pegang parang, pedang dan macam-macam lawan la real sikit apa kehelnya nak tolok menolak, berpusing-puisng tak tentu arah. peranan pelakon tambahan yang agak kureng sikit. tapi yang bangganya aku rasa filem ni la pelakon tambhannya sangat ramai berbanding aksi perang filem tempatan yang lain contoh Lang Buana lol

Aku paling berkenan dengan kesan CGI anak panah dalam filem ni, nampak cool di situ. tapi Kesan CGI yang paling spoil ialah ending cite ni, babak nampak kemajuan Kerajaan Langkasuka, nampak fake gila la permandangan laut dia, aduh spoil again !!! kalau aku laa, dah taw tak cun CGI tu tak yah la letak... ending dah macho, datang pulak denga CGI yang kureng macam tu.. nampak tak cool dah. Benda yang spoil lain adalah masa nak perang besar ending cite ni... dah semangat dah ni aku tengok. tiba-tiba ada lawak kurang cerdik pulak aduh.. tak lawak la.. orang nak berperang ni tak yah la nak letak aksi komedi kurang cerdik pulak.. tak berkenan la aku part lawak aksi perang tu.. spoil !!!

Cuma pandangan Akuserabut.. apa-apa pun korang wajip tengok filem ni. tak rugi beli tiket tengok kat panggung wayang. respect lu KRU... moga-moga KRU dapat buat lagi filem epic macam ni. baru la rock !!! hehehehe peace~

Ayat yang paling aku tak boleh lupa dalam filem ni ialah " jika pintu empangan sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"cool~

13 comments:

  1. jika pintu empangan sudah terbuka,
    mana tertahan airnya

    ReplyDelete
  2. ang pya salah la..aku dah google dah hahahhaa

    ReplyDelete
  3. bunyi macam menarik. and saya suk bahasa dulu kala. kenapa kena ketawa? cis.

    ReplyDelete
  4. diorang ketawa sebab lawak kot..
    si merong tu memang pak lawak..
    boleh pulak jadi merong mahasuasa..
    hahahaha.. memang lawak masa tu..

    ReplyDelete
  5. hahaha.. pendapat kita sama la akuserabut... sape baca review aku ngan ko..akan mewujudkan dua golongan iaitu...

    either u love it or u hate it!...

    ahh persetan itu semua.. jika pintu empangan sudah dibuka,manakan boleh ditahan airnya....hahahahaha

    ReplyDelete
  6. bila mahu bawak adinda tengok bersama =="

    ReplyDelete
  7. @Zulfikar hahahaha aku rasa ayat tu yang paling orang igt lam cite HMM ni

    @Amiey alaa... len kali kakanda ajak k lol hahaha

    ReplyDelete
  8. @marina mmg byk komedi tapi somepart diaorang bukan gelak sbb lawak...gelak sbb geli hahahahha

    ReplyDelete
  9. tak setuju sikit.. lain aku setuju...hhaha

    ReplyDelete
  10. Wahai kawan-kawan yang berada didalam dan diluar kotak sila beri pendapat dan tentang apa yang sedang hangat diperkatakan didalam kebanyakan blog mengenai HMM...namun setelah Saya keluar komen yang sebenar2nya tiada balasan dari sesiapapun....HMM merupakan satu kebanggaan dan maruah bangsa nusantara dan kita perlu memelihara kebenaran itu agar tidak diperkotak-katikkan dan memutar belit fakta yang sebenar oleh pihak-pihak tertentu untuk merosakkan maruah Nusantara....
    Komen saya bukan untuk merendahkan kredibilti KRU dan Syabas untuk mereka walaupun yang diketengahkan itu tidak 100% tulen....Kerana Kisah Merong Mahawangsa ini tercatat Dalam Al-Qur'an tentang Penaklukan Iskandar Zulkarnain Teragung dari Greece hingga ke Wilayah Timur....(Apakata KRU buat Satu filem lagi tajuknya Lahirnya Nama Merong Mahawangsa yang terbilang di Nusantara dari nama Asalnya...?yang bertapak di Utara Tanah Semenanjung(Utara Malaysia Barat)

    Wassalam....Kita Jumpa di entri lain...

    ReplyDelete
  11. saya tak pandai bab sejarah ni. mungkin jugak cerita diubah mengikut kesesuaian dan duraation. apa2 pun terima kasih sudi bg komen.

    ReplyDelete
  12. salam.. hamba takde google akaun..
    pangil je hamba akim,

    bagi hambalah.. pelakon sekarang
    bila diorang berlakon..walaupun dialognya guna bahasa lama..
    tapi tetap dengar slang modennya..

    cara diorang bercakap tu yang tak menjadi.. macam kita tgk orang sekarang bercakap..tapi guna je bahasa lama.. bunyinya jadi funny pada sesetengah part.. ade part yang menjadi.. ade part jadi kelakar.. kena rujuk filem2 lama..
    tapi pujian pada pelakon2 lama..
    gaya cakap maintain..

    filem allahyarham p.ramlee gaya sebutan kata semua pelakon termasuk pelakon tambahan memang mantap..
    boleh dijadikan contoh dan rujukan..

    filem allahyarham yang boleh dijadikan contoh ialah filem "semerah padi","damak",
    "sumpah orang minyak","musang berjanggut".. tgk cara pelakon dulu melontarkan dialog diorang.. bahasa lama,bukan je berbunga,tapi penuh kiasan.. dan ianya di sebut sebutir2.. kalau berbicara laju2 pun tetap berseni.berpantun pun sedap.. cara dan lengok diorang bercakap tu sedap.. tak buat orang nak gelak pun dgr..

    untuk melakonkan dan bercakap dalam bahasa lama.. pertama harus jadi & selami jiwa orang lama terlebih dahulu..

    dan praktis bercakap dalam bahasa lama sampai hilang slang moden kita.. sebb bila kita menonton filem cerita purba,umpama kita melihat sebuah mesin masa yang membawa kita kembali ke zaman lampau.. oleh itu yang melakonkannya semua mesti menjiwai & jadi orang lama.. bukannya berlakon semata2..

    apa2 pun,.tetap puji KRU sebab berani buat sebuah filem sejarah.. tahniah.. wassalam..

    ReplyDelete
  13. betul kata kamu hakim, bukan semua pelakon boleh berdialog dalam bahasa lama. susah jugak. terima kasih sudi bg komen :)

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...