Tuesday, March 1, 2011

KEPUTUSAN PEKAN TEATER UNIVERSITI UKM 2011

Post ini khas untuk budak UKM dan kepada yang mengikuti perkembangan Pekan Teater Universiti (PTU). Akhirnya keputusan sudah diumumkan semalam 28.02.2011 (Isnin) di Panggung Seni, UKM. Di sini akuserabut ingin menyenaraikan senarai pemenang PTU 2011 kepada sesiapa yang belum tahu lagi :

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab
TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Dengar khabarnya cerita Kipas Tangan ni merupakan skrip di'translate' dari Bahasa Jepun. Banyak menda yang menarik perhatian aku daripada persembahan Teater Kipas Tangan ni. Sebagai contoh costume(Busana) dan gaya berbahasa yang ala-ala Masyarakat Jepun. Satu lagi set atau latar pentas dia yang merupakan rumah masyarakat Jepun, sangat cantik bagi akuserabut. Bukan senang nak buat teater macam ni. Banyak menda yang akuserabut dapat belajar daripada pementasan Kipas Tangan ni. Tahniah Tekad !!!!

Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Satu kejutan dari Kolej Pendeta Za'ba kali ini sebab berjaya menjadi Naib Johan keseluruhan PTU 2011. Skrip 'Teare Rossa' yang dibawa mereka untuk PTU kali ini sebenarnya pernah dibawa oleh Kelab Teater Prasada, Kolej Tun Hussein Onn pada PTU yang lepas iaitu pada 2009 dan Kelab Teater Prasada berjaya menjadi Johan keseluruhan ketika itu. akuserabut suka skrip ni !!!

Johan-Keseluruhan
Kelab
PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu

Tahiah kepada PRASADA kerana sekali lagi menjadi Johan Keseluruhan PTU, sudah dua kali berturut-turut PRASADA menjadi Johan PTU. Skrip yang dibawa PRASADA kali ini yang bertajuk 'Bukan Dejavu' yang merupakan sambungan skrip 'Dejavu seorang wanita'. Skrip dia pun sangat best bagi akuserabut sebab ada part sedih dan komedi yang seimbang. Pelakon-pelakon komedi dan sedih seakan-akan bersaing sesama sendiri untuk menaikkan mood penonton. Tahniah sekali lagi kepada PRASADA !!!

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA

Kelab Teater Prasada berjaya menggondol 10 anugerah daripada 20 anugerah yang dipertandingkan. Tahniah Prasada !!! Semoga Prasada dapat terus lagi memajukan diri dengan ilmu-ilmu teater, belajar dari kesilapan. banyak lagi yang kena belajar, jangan sesekali rasa selesa dengan kejayaan yang dikecapi :) Sampai di sini je la post akuserabut. nak komen lebih-lebih bukan pandai sangat pun pasal teater~


10 comments:

  1. =D dua2 orang yang aku kate nak tengok ari tu dua2 dapat anugerah~aku dah agak dah..hik3... along pun menang~ congrats for them all~! =D

    ReplyDelete
  2. hebat...aq tgok gak teater bkn dejavu tu..mmg syok!!

    ReplyDelete
  3. aku tak tengok akibat takde member ajak pegi... =.=' aku menunggu member tu ajak, tengok2 dia pegi sorang2... ekekeke =p

    ReplyDelete

Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...